Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Sotong Goreng Telur Masin

Sotong Goreng Telur Masin

Sedapnya kalau dapat makan Sotong Goreng Telur Masin untuk berbuka nanti. Makan pula dengan nasi putih panas-panas, memang layan. Tak susah pun nak masak menu ni. Nak lagi mudah, gunakan Bestari Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna untuk menyalut sotong dan Bestari Serbuk Telur Masin Keemasan sebagai pengganti telur masin. Mudah kan? Kalau terlewat sampai rumah pun masih sempat lagi nak masak untuk seisi keluarga. Makanan sedap, jimat masa, perut kenyang, hati pun senang.

SOTONG GORENG TELUR MASIN

BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong | saiz sederhana
Bestari Tepung Ayam Goreng Rangup Serbaguna secukupnya
2 tangkai daun kari
5-6 biji cili padi | hiris
3 sudu besar Bestari Serbuk Telur Masin Keemasan
2 sudu besar mentega
Sedikit susu cair
2 ulas bawang putih | cincang halus
Gula secukupnya
Minyak secukupnya

Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sotonggorengtelurmasin #bestarifood #recipe #resepi #resipi



Video Berkaitan