Ads
Ads

Buko Pandan versi Ketodiet | Dapur Rasa Live

Tentu kita nak makan menu yang sedap dan sihat walaupun sedang diet Jadi hari ini, bersama Adda Uwais, pengasas jenama Eatslimlifestyle, beliau akan berkongsi resipi Buko Pandan versi Ketodiet.

BUKO PANDAN VERSI KETODIET

BAHAN-BAHAN UNTUK SUSU LEMAK KETO:
1 1/2 cawan heavy cream
1/4 cawan butter
1/2 cawan Erythitol @eatnslim_mealplan
1/2 sudu teh vanilla extract-optional
3 titik Stevia @eatnslim_mealplan

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali, kacau dengan api perlahan sampai berbuih lebih kurang 10 minit.Api kena perlahan.
2. Kemudian biarkan sejuk dalam 45 minit. Biarkan sejuk dan boleh simpan dalam balang kaca dan simpan peti ais.

BAHAN JELI:
1 paket serbuk agar-agar
1250ml air (campur sebiji air kelapa dan air biasa)
1/2 cawan Erythitol @eatnslim_mealplan
5 titik Steviadrop @eatnslim_mealplan
1 sudu besar perasa pandan warna hijau

CARA MEMBUAT:
1. Didih bahan tadi sampai mendidih.
2. Masukkan dalam acuan sejukkan hingga keras.
3. Boleh potong ikut saiz yang dikehendaki.

CARA MAKAN:
Gaulkan jeli yang siap dipotong tadi, isi kelapa, Chiaseed yang direndam, kekacang,buah kabong (kalau ada), 1/2 cawan susu lemak manis keto, 1/2 cawan air dan ais secukupnya. Kacau sebati, siap untuk dinikmati.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #bukopandan

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads