Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Pek Nga Cheese

Pek Nga Cheese

Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Tipulah kalau kata anda tidak pernah makan hidangan ini. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging. Sebab itulah Dapoq Pdot suka masak hidangan ini.

Tetapi, anda pernah tak makan Pek Nga Cheese? Mesti tak pernah kan? Sebenarnya, bila tambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalam Pek Nga, ia akan jadi lebih sedap sekaligus meningkatkan rasa hidangan ini. Rasa macam makan pizza kerana gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan memberi kelenturan (stretchiness) serta rasa keju yang seimbang dan tak berminyak.

Nak tahu cara masak Pek Nga Cheese menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza? Tontonlah video Dapoq Pdot ni sampai habis. Resipi yang ringkas dan sesuai dibuat untuk sarapan mahu pun hidangan minum petang. Jom cuba sekarang!

Dairylicious Malaysia

#PerfectItalianoMY #DairyliciousMY #memikatrasaseisimalaysia #majalahrasa #rasashare #pekngacheese #resipi #recipe



Video Berkaitan