Daging Empuk, Rempah Meresap. Kambing Varuval Ni Memang Sangat Sedap!
Ads
Deepavali lagi meriah kalau ada Kambing Varuval atas meja! Daging kambing yang empuk, disalut rempah ratus dengan rasa pedas berempah memang cukup menyelerakan. Makan dengan nasi panas atau tosai, memang ngam! Sempena menyambut Pesta Cahaya hari ini, jom cuba resipi istimewa ni untuk hidangan keluarga. Selamat Menyambut Deepavali!
KAMBING VARUVAL
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing |potong kecil dan rebus empuk
3 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar | mayang
2.5cm halia | kisar
3 ulas bawang putih |kisar
3 sudu besar pes cili kering
4 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN PERAPAN:
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #resipi #dapurrasa #deepavali #kambingvaruval
