Popia Mini Sayur, Sekali Makan Terus Mengigau
Mudah je nak buat sebab semua Bahan guna yang ada dalam peti ais je. Buat untuk minum petang memang ngam.
POPIA MINI SAYUR
Bahan-bahan:
20 keping kulit popia
2 cawan kobis | dihiris halus
1 batang lobak merah | disagat
1 cawan suhun | direndam hingga lembut & dipotong pendek
2 batang daun bawang | dihiris
3 sudu besar udang kering geragau | dicuci & ditoskan
5 batang crabstick | dicarik atau dihiris halus
2 biji telur
3 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil garam
Bahan Pelekat:
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #popiaminisayur #minitekspress #resipi #ingatmakaningatrasa
