Ketam Kam Heong, Menjilat Jari Rasanya Bila Guna Rempah BABA’S
Jangan lupa join Peraduan Jom Masak, Cerita & Menang bersama RASA & BABA’S. Siapa tahu ada rezeki menang wang besar!
KETAM KAM HEONG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ketam nipah
1 ½ sudu besar garam
2 sudu besar Serbuk Kunyit BABA’S
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
6 biji Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
3 sudu besar udang kering
BAHAN-BAHAN LAIN:
Segenggam daun kari
8 tangkai cili kering – digunting
2 sudu besar Serbuk Kari Ikan BABA’S
2 sudu besar Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S
2 sudu besar kicap manis
Garam & serbuk perasa (optional)
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ketam dan potong kecil. Kemudian lumurkan dengan garam dan Serbuk Kunyit BABA’S.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ketam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, Serbuk Kari Ikan BABA’S & Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan kicap, garam dan serbuk perasa ikut selera masing-masing.
6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata hingga rencah bersalut rata pada ketam.
7. Rasa dan tambah perasa yang tidak cukup. Masak sampai agak pekat.
8. Ketam Masak Kam Heong sedia untuk dihidangka