Kerutuk Ayam Pekat Berempah, Lauk Tradisi Sedap Yang Buat Nasi Bertambah!
Kalau rindu masakan kampung, Kerutuk Ayam ni memang wajib cuba! Kuahnya pekat berempah, manis-manis pedas dengan aroma rempah yang cukup menyelerakan. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas atau pulut kuning, memang padu! Jom cuba resipi mudah ni, confirm satu rumah puji!
KERUTUK AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong
6 biji cili padi merah
Bahan bahan kisar:
2 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Bahan lain:
5 sudu besar penuh rempah kerutuk
5 ulas bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
1 sudu besar kerisik
1 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
1 kotak santan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerutukayam #ResipiTradisional #MakananMalaysia
