Bosan dengan menu lemak dan kari, apa kata cuba pula menu rebus dan sup yang ringkas tapi tetap sedap sebagai lauk hidangan untuk makan tengahari atau malam. Selain mudah disediakan menu ini lebih sihat dan patut dimasukkan dalam menu harian keluarga. Berikut Rasa kongsikan lima resipi yang boleh korang pilih mana satu yang ingin dicuba dahulu. Memang tak menyesal dicuba menu-menu ni.


SUP DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
  • 3-4 biji cili padi
  • 1 kiub pati daging
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit daun ketumbar
  • Sedikit daun bawang
  • 1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar

BAHAN TUMIS:

  • 4 sudu makan rempah sup
  • 100gm bawang kecil | dikisar halus
  • 30gm bawang putih | dikisar halus
  • 50gm halia | dikisar halus
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
  3. Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.


SUP ISI KETAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin jagung manis
  • 2 biji telur
  • 200gm isi ketam | dicarik halus
  • 1000ml air
  • 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • 1 kiub pati ayam
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
  4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.


SUP AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | dititik
  • 1 batang saleri | dipotong serong
  • 1 biji tomato | dipotong empat
  • 1 batang akar daun ketumbar
  • 3-4 biji cili padi | dipotong
  • ½ biji limau nipis
  • 1biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dikisar
  • 1 ulas bawang putih | dikisar
  • Sedikit sos ikan
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
  2. Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
  3. Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
  4. Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
  5. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.


SUP IKAN IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 5-6 keping isi ikan merah
  • 1 batang serai | dititik
  • 2sm lengkuas | diketuk
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 3 biji bawang merah | dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 3-4 sudu besar perahan limau nipis
  • 1 kiub pati ikan
  • 5 biji cili api | dipotong serong
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Minyak bagi menumis
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
  4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.


SUP BEBOLA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm bebola daging
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih | dimayang
  • 2sm halia | dihiris halus
  • 1/2 batang saderi | dipotong halus
  • 3-4 biji cili padi | dihiris halus
  • 1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
  2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
  3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
  4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.


SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2sm halia | dikisar
  • 2 biji telur
  • 100gm kacang pea
  • 100gm sawi bak choy
  • 2 biji tomato | dipotong empat
  • 50gm suhun
  • 30gm sayur fucuk
  • 2 sudu besar pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam kasar
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar minyak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
  3. Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
  4. Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
  5. Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
  6. Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.