Udang Masak Sos Resipi Ringkas & Sedap Rasanya

Share

Masakan udang rata-rata disukai semua. Tidak kira sama ada dibuat gulai, masakan bersambal atau digoreng begitu sahaja. Masak dengan menggunakan sos ini juga tak kurang sedapnya. Bolehlah cuba buat nanti.

Ringkas dan sedap rasanya. Boleh gantikan udang dengan ayam yang dipotong kecil.

Udang Masak Sos

Bahan-bahan:

1kg udang (bersihkan)

2 biji bawang besar (potong bulat)

20 biji cili padi (potong serong)

1 mangkuk kecil sos cili-beli online di sini

Kicap manis-beli online di sini

Cara memasak:

  1. Udang yang dibersihkan letakkan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng udang sehingga hampir masak, angkat dan ketepikan.

  1. Tumis sos cili menggunakan minyak bekas goreng udang tadi.

  1. Tambahkan kicap manis dan kacau. Jika nak kuah banyak, tambahkan sos cili dan kicap.

  1. Masukkan bawang dan cili. Gaul rata.

  1. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi.

  1. Gaul sebentar dan siap untuk dihidang.

Kredit: Mazlina Haji Ismail

Klik sini

IKLAN