Ada sebab kenapa Udang Masak Diraja
semakin tular dan digemari ramai. Ia bukan sekadar lauk harian, tetapi gabungan rasa klasik dengan persembahan moden yang anggun, sesuai untuk meja makan rumah mahupun jamuan elegan.Rahsia keistimewaannya terletak pada teknik menumis rempah hingga pecah minyak, diikuti kuah santan yang lemak berempah dan udang segar yang dimasak cukup sempurna. Sekali cuba, rasa tak cukup satu pinggan!
Bahan A (Kisar)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili padi (untuk pedas)
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
sedikit air
Bahan B
500g udang
100ml santan pekat
100ml air
1 asam keping
2 batang serai (ketuk)
Garam dan perasa
Daun kunyit
Sedikit minyak untuk menumis
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official