Udang Masak Bawang Sedap Sangat, Gerenti Bertambah Makan

Share

Hari ini nak masak menu yang paling senang buat dan rasa sedap ya amat. Udang Masak Bawang ni sedap bila makan dengan nasi panas, ada ulam-ulaman dan sambal belacan. Pergh memang tak toleh kiri kanan, laju jer menyuap.

Udang Masak Bawang

Bahan-bahan:

Udang untuk 4 – 5 orang

5 ulas bawang putih- cincang halus

2 biji bawang besar- potong mayang

1 inci halia- cincang halus

1 sudu makan sos cili-beli online di sini

1 sudu makan sos tiram-beli online di sini

1 sudu teh minyak bijan-beli online  di sini

4 biji cili padi- belah dua atau potong kasar.

Sedikit daun sup

Sedikit daun bawang

Cara memasak:

1.Udang diletakkan dengan garam dan kunyit.


2.Panaskan sedikit minyak dan goreng udang terlebih dahulu.Jangan goreng terlalu lama. Bila nampak kulit udang sudah berubah warna terus angkat dan toskan minyak.Ketepikan dulu udang yang telah digoreng.

3.Guna lebihan minyak goreng udang tadi, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.


4.Bila bawang dah sedikit keperangan masuk balik udang yang telah digoreng tadi.


5.Masukkan ¼ atau ½ cawan air sebagai sedikit kuahnya nanti.


6.Masukkan 1 sudu makan sos tiram.


7.Juga masukkan 1 sudu makan sos cili.


8.Kemudian masukkan 1 sudu teh minyak bijan untuk naikkan bau masakan.


9.Masukkan bawang besar yang dipotong mayang. Gaul sebati.


10.Masukkan juga cili padi yang dibelah dua atau potong kasar.


11.Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kalau perlu perasakan dengan garam boleh letak sedikit garam.


12.Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Mohd Rozmie

Klik sini

IKLAN