Tumbuk Kasar. Ini Rahsia Sambal Tomato Bilis Goreng Jadi Lebih Sedap

Share

Jom cuba buat Sambal Tomato Bilis Goreng ni. Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan bersama lontong atau nasi impit dan ketupat

pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.

 

SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

BAHAN-BAHAN:

BAHAN TUMBUK KASAR:

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.

2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.

3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.

4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.

5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.

6. Sambal siap untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

 

JOM CUBA RESIPI NI PULA:

 

IKLAN