Trik simpan halia ini kena praktik kalau bahan ini selalu terbiar mengecut di dapur.

Halia antara bahan dapur wajib ada dalam setiap rumah. Sama ada untuk tumisan, masakan berkuah atau minuman tradisional, halia sentiasa jadi penyedap utama.

Tapi masalah yang sering berlaku bila beli halia baru seminggu dua simpan, dah mula kecut, kering atau berkulat. Sayang kan?

Ads

Sebenarnya ada satu cara paling praktikal untuk simpan halia agar kekal segar berbulan-bulan tanpa peti sejuk. Caranya mudah sangat,  tanam halia dalam sedikit tanah dan letak di tepi tingkap dapur.

Bila nak guna, ambil sikit, selebihnya biar kekal hidup dalam tanah. Insya-Allah tak rosak, tak busuk dan tak kecut!

Trik Simpan Halia Kekal Segar, Tak Mengecut Tanpa Letak Dalam Peti Ais

Trik Simpan Halia Supaya Kekal Segar & Tak Mengecut

– Ambil halia segar (seeloknya yang belum dipotong).

– Isikan sedikit tanah dalam pasu kecil atau bekas plastik yang ada lubang saliran di bawah.

-Tanam halia tadi secara menegak atau separa tenggelam dalam tanah. Tak perlu siram selalu, cukup sekadar lembap.

Ads

– Letakkan pasu atau bekas tadi di tepi tingkap dapur,  tempat yang dapat cahaya matahari dan pengudaraan baik.

– Bila nak guna, potong sedikit bahagian yang diperlukan, selebihnya biar dalam tanah. Halia akan terus kekal segar, malah boleh tumbuh tunas baru.

INFO
  • Kaedah ini sesuai untuk pengguna halia dalam kuantiti kecil atau sederhana – contohnya masak untuk keluarga kecil atau bujang.
  • Jika halia mula tumbuh daun dan membesar, boleh terus dipindahkan ke pasu lebih besar atau ke tanah luar rumah.
  • Selain lebih tahan lama, halia yang ditanam sendiri lebih aromatik dan segar berbanding halia yang lama disimpan dalam peti sejuk.
  • Teknik ini juga boleh digunakan untuk kunyit hidup dan lengkuas.

Kredit info & foto: Tariq Syahman

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI