Ads

Trik Simpan Bungkusan Plastik Makanan, Kedap Udara Tak Masuk Angin

Biasanya, plastik bungkusan makanan seperti bijirin, beras, gula, tepung dan sebagainya yang dah dibuka kita terus simpan dalam bekas kedap udara atau diikat getah supaya tak masuk angin kan!

Ketika waktu kecemasan, bekas pun tiada atau nak bawa pergi berkelah ke, boleh simpan bungkusan plastik makanan ikut trik ini. Guna botol air mineral je. Malah kedap udara, jimat ruang simpanan serta senang nak ambil.

Bahan Diperlukan:

Botol air mineral
Gunting
Plastik Makanan (Nipis)

Trik Simpan Bungkusan Plastik Makanan, Kedap Udara Tak Masuk Angin

Cara Membuat:

1.Mula-mula potong permukaan botol air mineral yang ada. Anggaran 1.5 inci dari penutup botol. Tak kisah nak guna botol air saiz besar, kecil atau sederhana. Mana-mana pun boleh.

Ads

2.Kemudian, selepas potong kemaskan keliling permukaan botol tersebut.

3.Selepas itu, masukkan makanan tersebut ke dalam plastik nipis.

4.Setelah itu, kuncupkan bahagian atas bungkusan plastik makanan tersebut dan masukkan ke dalam permukaan botol.

Ads

5.Kemaskan sekeliling permukaan dan tutup penutup botol seperti biasa.

Siap!

Trik Simpan Bungkusan Plastik Makanan, Kedap Udara Tak Masuk Angin

Ads

Memang mudah ikut trik ni. Tak simpan dalam bekas pun tak jadi masalah, boleh guna penutup botol je. Tetap kedap udara & jimat ruang simpanan.

Anda mungkin berminat dengan

Selamat Mencuba!

Ingat Makan Ingat RASA

#TipDapurRasa #CaraSimpanBungkusanPlastik #TrikDapur #TipDapur #MajalahRasa #rasashare

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Begini Caranya Goreng Ikan Bilis Kekal Rangup & Garing Guna Cuka...

Pernah tak ikan bilis yang digoreng hanya rangup sementara ketika masih panas dan jadi liat bila dah sejuk? Ada trik mudah untuk pastikan ikan bilis kekal rangup, garing dan tahan lama walaupun dah sejuk. Hanya guna cuka dan asam keping. Ikut trik ini.