
Tomyam putih versi Thai ini sangat mudah dimasak namun amat menyelerakan.
Tomyam ada beberapa jenis. Ada yang berwarna merah dan ada yang berwarna putih/jernih. Ikut selera masing-masing.
Tomyam putih ini memang simple tapi rasanya sangat sedap. Tak kalah sedapnya daripada tomyam merah. Nak cuba masak? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Ameera ini. Campak-campak dah siap! Tak susah pun. Bahan pun hiris-hiris je…
Tomyam Putih Versi Thai
Bahan-bahan:
Sedikit isi ayam (potong kecil)
2 batang serai (titik) – boleh beli online di sini
1 labu bawang merah besar (hiris)
Lengkuas (hiris) – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
2 kiub ayam – boleh beli online di sini
1 biji tomato (potong 6)
2 sudu makan sos ikan – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
2-3 cili padi (terpulang tahap kepedasan) – boleh beli online di sini
1 labu bawang Holland (potong bulat) – boleh beli online di sini
Daun limau purut (buang urat tengah) – boleh beli online di sini
1 sudu makan jus limau nipis (kalau nak lagi masam. Ada yang siap di pasaran)
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
Sayur-sayuran (bunga kubis, lobak merah, jagung muda. Terpulang pada masing-maaing)
Air
Cara Memasak:

Masukkan air ke dalam periuk. Jumlahnya agak-agak sendiri, berapa banyak kuah kita nak. Dah mengelegak masukkan hirisan lengkuas.

Kemudian masukkan serai yang diketuk dan bawang merah besar.
Tambah bawang putih, kiub ayam dan juga isi ayam. Kalau nak masukkan sotong atau udang sekali pun boleh. Terpulang. Kacau.

Masukkan hirisan cili padi dan daun limau. Urat buang ye, nanti pahit. Tambah sayur-sayuran dan hirisan tomato.

Perah sedikit limau nipis dan masukkan pula dua sudu makan sos ikan. Tambah lagi jus limau.

Tambah hirisan bawang Holland, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Biarkan sekejap.

Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tomyam Siam Paling Padu, Kuah Sedap & Tak Bau Hamis Ayam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Goreng Cili Api Paling Simple.Serius Sedap

Resipi yang satu ni dah terasa meleleh air liur. Inilah dia menu pembuka selera. Paduan ayam goreng dan cili api yang pedas menyengat memang buat bertambah korang makan. Buatnya pun mudah dengan bahan-bahan seperti di bawah ini
Ayam Goreng Cili Api
Bahan-bahan:
cili padi merah dan hijau ( kisar kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Serai titik
1.Ayam goreng dulu dengan garam dan kunyit.

2.Tumiskan bahan blend….sampai garing

3.Dah garing..buh gula @perasa..garam sikit je….Masukkan ayam tadi

4.Masukkan air asam jawa..sikit.Gaul rata.

5.Ni pun da sdap mkn dgn nasi…tp sabo…sikit lagi
6.Letak kicap sikit.

7.Siap!

Kredit Resepi: Asmida Asman
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Coach Belanja 9 Resipi Berasaskan Ayam Untuk Yang Nak Diet! Tetap Sedap Dan Berselera…

Bosan dengan menu sihat yang sama? Tetapi nak masak makanan sihat bila google resipi semua banyak minyak garam dan serbuk perasa?
Coach Yatie Nadzli kongsikan 9 resipi sihat dan eat clean untuk kamu yang nak turunkan berat badan. Jom masak gaya sihat!
Tips Masak secara sihat:
- Kurang garam dan gula
- Tanpa serbuk perasa kiub atau ajinomoto
- Tanpa minyak ( kukus & bakar )
- Menggunakan bahan fresh dan bukan di proses
- Dada ayam adalah bahagian yg paling tinggi protein dan kurang lemak. so selalu pilih dada ayam berbanding bahagian lain
- Elakkan menggunakan sos cili, sos tiram gantikan dengan natural herbs dan fresh food seperti bawang, halia, cili
- Masak makanan sihat itu mudah dan menjimatkan wang. Bonus badan pun kurus secara sihat.
AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam bahagian dada yang telah dibuang kulit
- Bawang Putih yang dihiris halus
- Bawang Merah dihiris nipis
- Brokoli
- Bunga kubis
- Cendawan dan Kulat Hitam
- Serai yang dihiris halus
- Kacang Peas
- Capsicum dihiris
- Gajus
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA-CARA:
- Gaulkan ayam dengan garam dan lada sukah secukup rasa.
- Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas , bunga kubis , cendawan dan kulat , serai , capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
- Kukus 15-20 minit
KERABU AYAM TOMATO

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah direbus dan diracik halus
- Bawang Besar Dihiris Nipis
- Tomato Dihiris Nipis
- Cili Padi
- Air asam jawa
- Garam dan Gula secukup Rasa
- Air perahan limau kasturi
CARA-CARA:
- Gaul kesemua bahan.
- Perah limau kasturi.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
SUP AYAM

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- 2 Ulas Bawang Putih
- 3 Ulas Bawang Merah
- 1 Biji Bawang Besar
- Lobak Merah dan Kentang dipotong dadu
- Kulit Kayu Manis
- Bunga Cengkih
- Buah Pelaga
- Lada Hitam
- Daun ketumbar ( hiasan )
- Garam secukup rasa
CARA-CARA:
- Blend Bawang Putih , Bawang Merah dan halia.
- Rebus isi ayam.
- Masukkan bahan bahan yang telah diblend bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
- Biarkan beberapa minit kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
- Letak daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup anda !
AYAM PANGGANG REMPAH KARI

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- Kunyit dan garam
- Sedikit cili kering yang telah dikisar
- Rempah kari
- Daun kari
- Halia
CARA-CARA:
- Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
- Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
- Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
- Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
- Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.
AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- Bawang Putih
- Halia
- Kunyit
- Jintan putih
- Ketumbar
- Garam secukup rasa
CARA-CARA:
- Gaul Isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
- Balut ayam dengan daun pandan.
- Kukus sekama 7-10 Minit.
TOMYAM PUTIH THAILAND

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- 2 Batang Serai dipotong serong
- Seinci Halia dihiris nipis
- Sedikit Lengkuas dihiris nipis
- Daun Limau Purut
- Lobak Merah
- Tomato
- Bunga Kubis
- 2 biji bawang besar dibelah 4
- Kulat/ Cendawan
- Cili Padi
- Garam secukup rasa
CARA-CARA:
- Rebus isi ayam.
- Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
- Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
- Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
- Jangan lupa garam secukup rasa !
ASAM PEDAS AYAM

BAHAN-BAHAN:
- 2 ulas Bawang Putih
- 1 biji bawang merah
- Kunyit hidup
- Satu sudu cili kering yang telah diblend
- Cili padi
- Serai
- Daun limau purut
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- Garam secukup rasa
CARA-CARA:
- Kisar Bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah diblend.
- Renehkan bahan bahan yang telah diblend bersama isi ayam ( Tambah air mengikut citarasa. Ada yang suka kuah pekat, ada yang suka kuah cair).
- Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
- Masukkan garam secukup rasa.
TAUHU AYAM SUMBAT

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah direbus dan ditumbuk lumat
- Taugeh
- Carrot yang dihiris halus
- Garam
- Lada sulah
- Tauhu
- Daun bawang yang dihiris halus
CARA-CARA:
- Gaulkan isi ayam , carrot , taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
- Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
- Kukus selama 5-8 minit
SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM

BAHAN-BAHAN:
- Isi Ayam yang telah dibasuh dan dibuang kulit
- Kacang peas
- Lobak merah
- Putik jagung
- Cili padi/cili besar
- Gula dan garam secukup rasa
CARA-CARA:
- Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putih jagung yang telah dipotong.
- Potong cili padi untuk lebih pedas.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Kukus 5-7 Minit.
Kongsi resipi: Coach Yatie Nadzli
Wow, Zest Oren Dalam 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN

BAHAN-BAHAN:
- 120gm gula pasir
- 250gm susu pekat
- 500gm susu sejat
- 5 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
- 1/2 biji hirisan halus kulit oren
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit mentega
HIASAN:
- Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan
tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis.
5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut.
6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kastard
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket ayam goreng segera
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2cm halia | hiris halus
- 1 biji bawang besar |hiris tebal
- 2 sudu makan kicap masin
- 250ml jus oren
- 1 biji parutan kulit oren
- 2 sudu teh serbuk stok ayam
- 125ml air
- 2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh tepung jagung
- 250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
- 150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
- Daun bawang sebagai hiasan
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat.
4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN

BAHAN-BAHAN:
- 125gm dal merah halus yang telah direbus
- 1 biji parutan kulit oren
- 1 biji perahan jus oren
- 1 batang lobak merah |potong dadu
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh garam atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk stok ayam
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
- 400ml air
- Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
- Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau
sebentar.
2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef: Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Sup
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE

MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji oren | ambil jus
- 2 biji lemon | ambil jusnya
- 2.5kg gula pasir
- 2.5ml air
CARA MEMASAK:
1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai.
3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan
lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Jem
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 1/2 teh garam
- 125gm mentega
- 125gm kismis
- 1 biji parutan kulit oren
- 125gm susu segar penuh krim
- 1 biji telur gred B
- 2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
- 1 biji telur
- 1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit
oren kacau lagi.
2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung.
3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan.
Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI

BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 160gm gula pasir
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
- 1 biji parutan kulit oren
- 60ml jus oren
- 125gm mentega yang dicairkan
- 125ml susu segar penuh krim
- 2 biji telur saiz B
- 125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan
telur. Kacau sehingga adunan sebati.
3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung.
4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit
atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA

