Daun sup memang selalu kita guna dalam masakan, jadi kalau tanam di rumah memang elok sangat. Jika tiada anak benih dari pokok induk kita cuba tanam dari biji benih.
Bagi memastikan pokok daun sup ini elok subur dan tak mati, ada penjagaan yang perlu kita ikuti. Kalau dijaga baik, pokok boleh hidup hingga 2 tahun.
Tanam pokok sup dari biji benih & penjagaannya supaya kekal subur
1. Sediakan tapak semaian, jika boleh gunakan tray semaian yang banyak dijual.
Ads
2. Sediakan benih, rendam selama satu malam (10 jam) dengan air paip, jika air tanpa klorin lagi baik untuk mengaktifkan benih supaya mudah bercambah.
Tujuan rendam supaya kesemua benih mudah bercambah. Jika tidak mahu rendam tidak mengapa boleh terus tabur.
3. Toskan benih dengan tisu atau alat tos yang berlubang halus.
4. Basahkan tanah, semai biji benih daun sup (biji benih daun sup kecil jadi perlu bersabar semasa semai kerana benih halus).
Tutup dengan lapisan nipis tanah, siram benih dengan berhati-hati gunakan spray halus, kemudian tray semaian atau bekas semai tadi letak di kawasan redup. Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.
5. Sekali lagi diingat tanam pokok daun sup kena bersabar kerana benih daun sup akan bercambah dalam 10 hari ke atas, paling lama 2 minggu. Jangan biarkan tanah kering sepanjang proses semai, jika tanah nampak semakin kering, spray dengan air.
6. Setelah benih tumbuh dan mengeluarkan 4 daun, boleh dialihkan ke pasu atau bekas, letakkan tempat redup yg tidak terkena cahaya matahari yang terik.
Ads
7. Kerana pokok tumbuh dengan lambat, pokok yang dijaga elok mampu hidup sehingga 2 tahun.
8. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup , siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula nampak kering bolehlah siram dengan sedikit air.
Ads
9. Jangan baja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup akan mudah layu dan mati.
10. Baja sebulan sekali atau mengikut keperluan. Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.
Nak kupas bawang putih yang ulasnya kecil ini memang mencabar tambah lagi kalau perlu kupas dalam jumlah yang banyak. Memang ambil masa.
Tapi kalau kena pada caranya kerja kupas bawang putih akan jadi sangat mudah. Salah satu cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan kerja ini cepat siap adalah dengan merendamnya dii dalam air.
Cara-caranya
1. Rendamkan labu-labu bawang putih ke dalam bekas yang berisi air. Sukatan air kalau boleh dapat tenggelamkan semua bawang putih.Guna air paip biasa saja.
2. Rendam lebih kurang 10-15 minit atau sehingga kulit bawang putih sudah serap air.
3. Kemudian boleh ambil bawang putih tadi dan kupas, memang akan jadi lebih senang. Sekejap dah siap. Kupas bawang putih banyak pun tiada masalah.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Jika beli daun kari dalam kuantiti yang banyak atau ada jiran memberinya bertangkai-tangkai cara menyimpannya kenalah betul. Jika tidak daun ini akan cepat rosak. Dah tentu rugi sebab jumlahnya banyak.
Biasanya kita akan simpan dalam freezer, tapi selain itu ada kaedah lain yang boleh dilakukan. Malah cara yang dikongsi oleh Emma Zam membolehkan daun ini tahan berbulan-bulan dan baunya kekal sama.
Cara ini dilakukan selepas pokok kari di rumahnya ditebang. Dari terbuang, daun kari yang banyak dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama. Baunya juga kekal sama.
Tip simpan daun kari supaya tahan lama
Boleh ikut cara ini;
1. Jemur daun kari hingga betul-betul kering.
2. Bila dah kering, masukkan daun kari dalam balang. Tutup kemas.
3. Jika nak guna waktu memasak, boleh terus cekup dan masuk dalam masakan, baunya kekal sama.
Tip ekstra
Boleh basuh daun terlebih dahulu supaya boleh terus digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
Untuk lebih tahan lama, boleh simpan balang dalam peti sejuk atau freezer.
Kaedah yang sama boleh juga dilakukan untuk daun daun kunyit, daun limau purut dan daun kesum.
Kuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap