Hajat di hati nak buat sambal bilis cili padi yang rangup, tapi bila dah masak dan biar lama jadi lembik pula. Walhal ikan bilis sudahpun digoreng garing.
Nak pastikan sambal ikan bilis kekal rangup ada cara yang perlu dilakukan. Kalau ikut tip Nurulnabila Zaidi, mudah saja. Katanya elakkan masuk bawang merah dalam bahan tumis, hanya gunakan bawang putih saja. Cara ini ujarnya sambal ikan bilis akan rangup sampai seminggu.
Rahsia sambal ikan bilis kekal rangup sampai seminggu
Resipi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Cili api merah & hijau
Garam
Serbuk perasa
Asam keping
Cara membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Sebaiknya tumbuk lumat.
Ads
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
Ads
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping. Gaul rata.
Resipi sambal sardin goreng rangup ini memang lain dari sambal sardin yang biasa kita masak.
Ikannya tak lembik kerana ia terlebih dahulu digoreng dengan tepung dan digoreng garing sebelum ditumis.
Lebih enak sambalnya dimasak menggunakan kuah asal dari dalam tin, digabung dengan cili, bawang dan hirisan tomato yang menjadikan rasanya lebih mantap dan beraroma. Lauk sardin dari Rizal Channel ini memang kena cuba.
1 tin besar sardin-asingkan kuahnya
Tepung jagung
Bawang merah -dihiris
Halia- dihiris memanjang
Tomato -dipotong
Limau nipis -diperah jus
Bahan dikisar
Lada besar
Cili api
Bawang merah
Bawang putih
1. Letak tepung jagung dalam bekas, ambil ikan sardine yang sudah diasingkan dari kuah tadi kemudian gaulkan setiap satu hingga tepung meliputi semua seluruh ikan.
2. Panaskan kuali kemudian goreng ikan sardine tadi hingga garing. Angkat dan tos.
3. Seterusnya tumis bawang merah yang dihiris hingga naik bau, kemudian masukkan hirisan halia Bersama dengan tomato. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis hingga tumisan masak.
5. Tuangkan kuah sardine yang diasingkan tadi dan kacau rata. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya diikuti dengan perahan limau nipis. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan ikan sardine yang siap digoreng rangup tadi. Gaul rata dan tutup api. Sedia dihidangkan.
Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!
Ikan rebus goreng. Lauk kampung yang ringkas namun sangat enak dan membuka selera. Goreng garing-garing dan nikmatinya segera bersama nasi putih hangat. Dicicah dengan budu, sambal belacan dan ulam-ulaman, lagi berselera dimakan. Baunya ketika digoreng sangat menggugat iman. Harum! Isi ikan yang pejal dan wangi, rasa manis, masam dan masin yang seimbang, memang tak jemu dimakan. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom lah cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN SELAYANG REBUS YANG SEDAP, TAK HANYIR & PEJAL
BAHAN-BAHAN: 10 ekor ikan selayang / sardin – disiang dan dibersih 1 sudu besar garam bukit – beli online disini 1 senduk cuka – beli online disini 1 keping asam gelugur – beli online disini 1 keping kecil nise Kelantan atau gula melaka – beli online disini 1-2 hiris lengkuas 1 hiris halia 1 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Ikan selayang atau ikan sardin disiang dan dibersih. 2. Kemudian susun ikan dalam periuk. 3. Taburkan garam bukit dengan rata di atas ikan. 4. Masukkan cuka dan asam gelugur. Ia adalah tip untuk membuatkan isi ikan menjadi pejal. 5. Tidak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan sendiri sewaktu dimasak nanti. 6. Untuk memberikan rasa ikan yang manis dan sedap, patahkan nise kelatantan atau gula melaka. 7. Masukkan juga hirisan lengkuas, halia dan daun pandan. Ia adalah rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi. 8. Rebus ikan guna api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk. 9. Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan lebihan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api.
10. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati. 11. Ikan Rebus sedia untuk dinikmati. Untuk rasa lebih sedap, ia boleh digoreng. Caranya ialah, panaskan minyak dalam kuali. 12. Masukkan ikan rebus dan goreng hingga garing guna api sederhana. 13. Tambahkan hirisan bawang dan cili untuk rasa enak yang lebih nikmat. Boleh cuba cicah dengan budu. Ikan rebus goreng ini juga enak dimakan bersama Pulut yang digaul dengan kelapa muda.
PETUA: Ketika menggoreng ikan rebus, minyak akan meletup-letup. Tutup kuali guna penutup periuk untuk mengelakkan minyak merecik.