
Walaupun nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia namun tak semua orang boleh makan nasi dalam kuantiti yang banyak, lebih-lebih lagi bagi yang berpenyakit.
Dalam satu laporan Healthline, beras atau nasi mengandungi kanji yang agak tinggi, terutamanya kalau tak dimasak sempurna.
Setiap 100 gram beras yang belum dimasak mengandungi 63.6 peratus kanji, manakala jumlah kanji ini berkurang kepada 28.7 peratus setelah beras dimasak menjadi nasi.
Justeru, pengambilan makanan berkanji yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko diabetes, penyakit jantung dan kenaikan berat badan. Maka adalah lebih baik jika kita mencegah perkara ini dari awal.
Salah satu caranya adalah dengan mengamalkan kaedah masak nasi tanpa kanji yang mudah. Dikongsi oleh saudari Noreez Rahmat ini caranya.
- Tanak nasi, guna beras biasa dengan air yang banyak
2. Biarkan mendidih dan separuh masak.
3. Buang air kanji dan bilas dengan air paip.
4. Toskan nasi dan masak dalam rice cooker tanpa tambah air.
5. Bila dah siap masak, gemburkan nasi.
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Sumber: Healthline, Noreez Rahmat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Makanan Sihat, Sahutlah Seruan Menteri Kesihatan

Korang yang tengah bekerja dari rumah pasti ada yang tak tahan godaan melihat katil dan tilam yang empuk. Bila dah kerja kat rumah, kadang-kadang mulalah berulang alik ke dapur. Elakkan makanan tak sihat kerana ini juga juga boleh menjadi punca letih dan mengantuk.
Sambutlah saranan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba yang menyarankan agar rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan mengamalkan makanan sihat, banyak bersenam dan jangan stres semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Apa kata mulai sekarang meh lah kita ambil lima makanan sihat ini bagi memastikan korang semua kekal bertenaga:-
1. TELUR
Bila kurang tidur dan rasa mengantuk itu tandanya, sel-sel otot akan menjadi penat. Bagi mengatasi masalah ambil asid lemak seperti EPA dan DHA dan sumber makanan seperti putih telur. Untuk mendatangkan selera, korang boleh hidangkannya bersama sayuran hijau yang kaya dengan zat besi seperti bayam dan kailan yang kaya zat besi, secara tidak langsung menjauhkan korang dari anemia yang disebabkan kepenatan
2. IKAN
Ikan seperti tuna salmon dan sardin antara ikan kaya dengan kandungan protein yang tinggi akan menjadikan korang lebih bertenaga. Sementara lemak tak tepunya membantu otak lebih fokus semasa melakukan pekerjaan.
3. BUAH MANGGA
Tahu tak, bila penat dan mengantuk boleh mendorong korang mengindamkan makanan manis dan karbo. Ini adalah salah satu petanda bahawa badan kurang bahan bakar. Dibandingkan kudapan seperti coklat, aiskrim dan makanan berkalori tinggi. Sebaiknya makan mangga sebagai ganti yang baik kerana ia mempunyai kandungan khasiat semulajadi.
.
4. KEKACANG HALANG HORMON PENYEBAB STRES:
Lemak tak tepu dalam kekacang seperti mede, dikatakan mampu menghalang hormon penyebab stres. Selain itu, kekacang tinggi lemak ini boleh membuatkan korang rasa kenyang tanpa menyebabkan peningkatan gula dalam darah.
5. OAT MEAL:
Bijirin seperti gandum dalam oatmeal mengandungi karbohidrat kompleks membantu anda rasa kenyang lebih lama dan peningkatan paras glukosa dalam darah lebih lambat berbanding nasi. Ia memang diakui antara makanan sihat yang boleh mengurangkan kolestrol.
Senang je kan, makanan ini selain membantu korang lebih produktif, ia juga tidak akan menjadikan korang gemuk, walaupun mengambil dan memakannya di waktu malam hari.
Nak Cantik Nak Sihat, Makanlah Brokoli Sayuran ‘Luar Biasa’ Ni

Brokoli adalah antara sayuran warna hijau yang perlu sering ada dalam rutin sajian anda. Makanan untuk sihat dan cantik, wah teruja tak .
Pun begitu sayuran berwarna hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate.

Inilah yang sering disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Ini adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini. Cara terbaik menikmatinya adalah dengan mengukusnya, usah terlalu lama memasaknya nanti hilang khasiat pula. Makan mentah sebagai salad juga lebih elok khasiatnya.
1. Membantu Turunkan berat badan
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. Menjaga ketajaman penglihatan
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. Menjaga kesihatan kulit
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. Menjaga kesihatan pencernaan
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. Mencegah penyakit kardiovaskular

Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. Mengawal tekanan darah
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. Menjaga kesihatan tulang dan gigi
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
Tanam Sendiri Jagung, Guna Tip Ini Supaya Dapat Isi Penuh

Isi Kandungan
ToggleKalau suka makan jagung, ada baiknya kita tanam sendiri di rumah. Supaya dapat hasil jagung yang penuh dengan isi yang besar boleh gunakan cara yang dikongsi Farah Aisyah Ahmad.
Kaedah ini katanya digunakan untuk menanam jagung sebanyak lima kali dan ternyata semuanya mendapat hasil yang memuaskan hati.
Cara tanam jagung supaya dapat isi penuh
Terlebih dahulu bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki.
Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam (biji benih jenama Grabbit).
3 perkara penting ketika menanam jagung
1. Air
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari ke-10. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Buat pendebungaan manual, untuk dapat isi jagung penuh
Bila pokok jagung sudah berbunga, lakukan pendebungaan manual. Ia sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Caranya, secara ringkas ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan atau oles pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Untuk lebih faham bunga jantan dan bunga betina boleh lihat gambar rajah di bawah. Bunga jantan berada di atas manakala bunga betina bunga betina celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Semoga bermanfaat & selamat mencuba.
Sumber: Farah Aisyah Ahmad