
Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.
Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
Cara semai biji benih guna kulit telur
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.
4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Sumber: Siti Yahaya
Ini Carnya Masak Sotong Tak Liat & Sedap.

Masak sambal sotong yang segar dari pasar memang sedap dan menyelerakan, tapi bila tiba makan, alahai kenapa liat, susah nak kunyah. Sebenrnya bukan mudah masak sotong, nampak senang tapi korang perlu tahu tip dan trik untuk jadikan sotong yang dimasak sedap dan lembut. Kalau nak tahu caranya ini ada beberapa tip dan trik yang boleh korang cuba ye.
.
- Bersihkan sotong sebelum dimasak.
2. Keluarkan tulang rawan dari dalam badan sotong dan buang dakwat hitam.
3. Jangan simpan sotong yang korang beli, sebaiknya selepas dibersihkan terus masak untuk mendapatkan keenakan rasanya. Jika disimpan keenakannya akan berkurangan.
4. .Bila masak sotong jangan lama, sebaiknya, celur sotong dalam air mendidih seminit kemudian angkat dan masukkan dalam air sejuk supaya kekal rasa kenyalnya.
.
5., Hiris tak putus badan sotong, kemudian perap dengan susu dan mentega sebelum diperap semalamam.
6. Tambahkan minyak zaitun, garam, lada hitam atau sulah dan lemon. Perap selama empat jam. Cara ini membantu sotong lebih lembut bila dimasak.
7. Titik badan sotong dengan pelembut dagung, supaya teksturnya lebih lembut. Tetapi jangan titik terlalu kuat, bimbang ia akan hancur pula.
8. Sebelum masak, rendam dengan air soda selama 20 minit. Jangan lama sangat, bimbang ia menjadi lembik pula.
.
9. Jika ingin masak menggunakan api besar, jangan lebih dari dua minit, jika terlebih masak sotong akan menjadi keras.
10, Jika masak dengan api kecil, masak dalam masa satu jam, supaya sotong yang asalnya keras menjadi lembut semula.
5 Tip Pilih Kelapa Muda Banyak Air Dan Elok Isinya. Cubalah Agar-agar Kelapa Muda Ni

Tengah panas terik minum air kelapa muda memang menyamankan. Dapat pulak hirup isinya sekali, memang puas rasanya. Buat minuman berbuka pun wahh segar dan bertenaga.
Tapi kesedapan air kelapa muda dan isinya ini bergantung kepada kualiti buah kelapa yang dipilih. Kalau tersalah pilih memang ke laut lah hasilnya. Kelapa muda yang elok tekstur isinya lembut dan tidak keras serta mempunyai kandungan air yang agak banyak.

Di sini min kongsikan 5 perkara yang perlu diperhatikan apabila membeli atau memilih kelapa muda yang berkualiti.
1. Warna Kulit

Ramai yang menganggap kelapa muda harus berwarna hijau keseluruhannya. Padahal warna buah kelapa sebenarnya dipengaruhi oleh tempat tumbuhnya. Kelapa yang tumbuh di kawasan pantai biasanya berwarna agak kekuningan, manakala di kawasan berbukit bukau berwarna hijau muda. Dikatakan kelapa yang tumbuh di kawasan berbukit lebih banyak dan isinya lebih manis.
2. Serat Kelapa

Selain mengelakkan daripada memilih kelapa berwarna coklat tua, pastikan kelapa yang dipilih ada serat berwarna perang di bahagian luarnya. Serat berwarna perang menunjukkan ia masih dalam keadaan segar dan muda.
3.Tangkai Kelapa

Jika anda perhatikan di bahagian pangkal atass kelapa terdapat lingkaran atau kelopak yang bersambung dengan bahagian tangkainya. Lingkatan pada hujung tangkai itu menandakan usia kelapa. Jika kelapa muda biasanya memiliki garis pusat lingkaran yang tidak terlalu lebar. Tetapi kelapa tua pula kelopak lingkarannya sangat lebar.
4. Kandungan Air

Kalau nak tahu kandungan air dalam kelapa, senang aje goncang-goncangkan buahnya. Kelapa muda sudah pasti kandungan airnya banyak, jadi sikit atau banyaknya boleh diagak melalui bunyi airnya bila digoncang.
5. Isi kelapa

Tesktur dan rasa isi kelapa yang manis memang sedap. Nak tahu kelapa yang memiliki isi yang tipis lembut dan muda, cubalah menepuk-nepuk buah kelapa tersebut. Kalau terasa bergetar tandanya isinya elok dan lembut dan mudah disudukan
Sumber : Kumparan.com
Di bawah ni min kongsikan resipi menggunakan air kelapa muda dan isinya. Resipi dari perkongsian Mat Gebu yang popular dari lamannya tiffinbiru.com
AGAR-AGAR PANDAN KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN :
- 600 ml air kelapa muda dari 2 biji kelapa muda * tambah air mineral jika kurang
- Isi kelapa muda secukupnya
- 5 gram serbuk agar-agar
- 2 camca besar gula * ikut tahap kemanisan yang anda suka
- 1 helai daun pandan.disimpul
- 3-4 titik pewarna hijau makanan
CARA MEMBUATNYA :
1. Sediakan acuan kegemaran anda. Isi kelapa muda dipotong kecil dan masukkan ke dalam acuan. Ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan serbuk agar2, gula dan daun pandan. Tuang air kelapa tadi dan kacau hingga rata.
3. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan gula larut. Masukkan pewarna hijau makanan, kacau hingga rata.
4. Tapis bancuhan agar-agar dan boleh tuang ke dalam bekas yang berisi isi kelapa muda tadi. Biarkan hilang wap panas dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin sebagai pencuci mulut.
Petua Orang Tua Dulu-Dulu Untuk Halau Lalat Dari Rumah.

Petua halau lalat ni berbaloi dicuba. Mana tidaknya, lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
PETUA HALAU LALAT DARI RUMAH
1. BUNGA CENGKIH: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. LILIN: Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. KULIT KAYU MANIS: Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. DAUN KARI: Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
5. CILI: Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. BUNJUT REMPAH: Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Selamat mencuba.
Rumah banyak lalat? Jangan risau, seleksi SAJI & PENUTUP MAKANAN pelbagai bentuk dan saiz ni boleh tutup makanan dengan selamat. Dapatkan je secara ONLINE.
Aneka resipi dari laman web RASA yang mudah, sedap & gerenti jadi.
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.
https://www.rasa.my/sangat-sedap-30-menu-harian-masakan-kampung-kena-cuba/
Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak. Sedap, Mudah & Buka Selera.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official