Salah satu cara nak cepat memasak di dapur adalah dengan cara menyediakan segala pes terlebih dahulu. Apabila ada pes, satu perkara yang renyah sudahpun selesai. Hasilnya masa di dapur lebih pendek dan dapat menyediakan hidangan seisi keluarga dengan lebih pantas.
Melalui facebook, wanita yang menggunakan nama Hani Mynis telah berkongsi cara menyediakan pes tomyam. Sesuai untuk disejukbekukan. Hasilnya, penyediaan membuat lauk tomyam jadi lebih senang dan jimat masa di dapur.
“Selalu beli paste tomyam ready-made kat supermarket. Sesekali buat juga homemade paste tomyam sendiri. Nak buat dia pun taklah susah sangat dan bahan-bahannya pun memang ada kat dapur.
Ketahanan pes tomyam ini bergantung pada di mana kita simpan. Kalau di bahagian chiller, boleh tahan sebulan. Kalau simpan di freezer lebih tahan lama iaitu tiga bulan. Tapi kena asing-asingkan bekas kecil khas untuk sekali pakai. Nak masak, pes beku tu masukkan je dalam periuk berisi kuah tu.”
PES TOMYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
Bawang merah
Cili kering
Cili padi merah (kalau nak pedas)
Serai
Lengkuas
Tomato
Sos ikan
Daun limau purut
Air asam jawa
Air limau nipis
Belacan
Sedikit air
Ads
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan di atas.
2. Panaskan minyak masak dan tumis semua dalam kuali sehingga pecah minyak.
Inilah hasilnya!
Simpan dalam chiller. Kalau nak simpan dalam freezer, asingkan dalam bekas kecil ikut satu kali penggunaan.
RESIPI TOMYAM AYAM
Ads
BAHAN-BAHAN
Air secukupnya
2 sudu besar pes tomyam
1 mangkuk kecil ayam
Lobak merah
Baby corn
Kobis bunga
Cendawan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT TOMYAM AYAM
1. Panaskan air dalam periuk ikut kuantiti kuah yang dimahukan.
2. Masukkan pes tomyam, masukkan ayam dan sayur yang keras dulu iaitu lobak merah dan baby corn.
3. Apabila menggelegak dan ayam sudah masak, masukkan sayur lembut iaitu kobis bunga dan cendawan.
4. Akhir sekali, wajib letak daun ketumbar. Makanan Thai dengan daun ketumbar tidak boleh dipisahkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tepung antara stok yang kena ada di dapur. Ramai juga yang membelinya dalam dua atau tiga pek supaya tak putus bekalan. Selalunya kita akan simpan tepung ini dalam kabinet.
Tapi kemungkinan besar tepung yang disimpan sebegini tidak tahan lama. Selalu akan ada ulat yang masuk dalam tepung ini, malah mungkin bertelur. Kalau dah banyak memang terpaksa dibuang, jatuh rugi pula.
Bagi memastikan tepung yang disimpan tahan lama dan tak rosak boleh gunakan tip yang dikongsi oleh Mastura Fuad. Berikut adalah perkongsian beliau.
Cara simpan tepung tahan lama
Saya share macam mana saya simpan tepung gandum dan pelbagai jenis tepung untuk tempoh yang lama.
– Tepung yang dibeli saya masukkan dalam freezer dalam 2 minggu. Jangan bimbang tepung tetap tidak akan beku tetapi cara ini akan mematikan segala kutu atau telur ulat tepung yang berada dalamnya.
– Boleh saja nak simpan dalam freezer selama satu minggu, tapi saya sengaja lamakan sikit .
– Selepas itu keluarkan tepung dan biarkan pada suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap.
– Lap untuk keringkan paket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag.Guna 2 zipper bag utk setiap peket tepung. Zipper bag kedua masukkan berlawan arah bahagian lock/kepala zipper bag tu. Jadi ada perlindungan ekstra dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik bocor.
– Akhir sekali simpan dalam balang plastik. Insya-Allah tepung tahan lama tak berulat.
INFO: Tarikh luput tepung kebiasaannya 6 bulan selepas dibuka.
Masak nasi menggunakan periuk elektrik atau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara ni.
Dah 3 tahun takde rice cooker. Habis tu masak nasik macam mana? Saya guna pengukus je. Ada yang dah tahu cara dia kan? Ok yang belum tahu ni cara saya. Saya guna loyang 7@8 inci (untuk 5-6orang ). – Ita Marsita
BAHAN-BAHAN:
Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
Minyak masak terpakai ada yang rajin simpan untuk jual semula tapi ramai juga yang buang saja.
Masalah bila buang dalam tong sampah, nanti minyak ini akan meleleh dan lagi stres kalau menitik atas lantai. Satu kerja nak bersihkan kembali minyak ni. Renyah betul!
Tapi tip yang dikongsi oleh Noor Hafiza Mohamad ini boleh membantu selesaikan masalah kaum ibu kat dapur.
Guna hardener
Ramai yang tak tahu rupanya ada produk dijual di pasaran yang boleh digunakan untuk membekukan minyak masak terpakai supaya proses membuang bahan ini lebih mudah.
Produk yang dipanggil cooking oil harderner atau pengeras minyak masak ini boleh dibeli di Daiso, setiap kotak mengandungi 5 pek.
Cara-caranya:
1. Beli “hardener” atau pengeras minyak masak (boleh beli di DAISO RM5.90/kotak ada 5 pek).
2. Panaskan minyak masak dan masukkan hardener.
3. Tunggu sehingga sejuk dan minyak akan membeku.
4. Masukkan dalam plastik ikat kemas dan buang dalam tong sampah. Macam ni kejadiannya…
Hidangan mi kuah selalu dijadikan pilihan untuk makan makan malam kerana penyediaannya ringkas tapi mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.