Sosej goreng selalu jadi pilihan bila nak buat hidangan yang cepat untuk sarapan. Makan dengan roti, dah cukup mengeyangkan.
Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut selepas digoreng. Hasilnya tak cantik.
Dikongsi oleh Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam beliau menurunkan beberapa cara menggoreng sosej bagi memastikan kulitnya tegang dan tak kecut selepas siap digoreng.
Ads
Bagi memastikan kulit sosej tegang elok, jangan goreng sosej menggunakan minyak panas. Sebaliknya buka api terus saja masukkan sosej ke dalam minyak(bilas dulu sosej dengan air dan keringkan).
Biarkan sosej masak bersama minyak yang baru nak panas. Apabila sosej timbul terus angkat. Sosej memang akan masak, jangan risau.
Sosej mungkin akan sedikit berminyak tapi selepas tos, minyak akan hilang. Hasilnya sosej yang gebu gebas montok dan bergetah dapat anda nikmati.
1. Campurkan air + garam + susu di dalam satu bekas. Kacau-kacau hingga sebati. Jadikan sebagai bahan A. 2. Bahan A dicampur sedikit demi sedikit dengan tepung (uli cara manual) tapi campur semua kalau pakai mesin. 3. Masukkan minyak masak. Gaul lagi.
4. Kemudian, masukkan marjerin. Gaul lagi hingga semua sebati. 5. Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 30 minit. 6. Buatkan bulat kecil-kecil 75gm-90gm setiap satu (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 keping roti canai). 7. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat (saya salut dengan minyak).
8. Biarkan selama 2 jam. Kemudian, apabila cukup 2 jam, doh siap untuk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing. 9. Lepas dah masak, jangan lupa masa masih panas-panas tu, tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam di kedai. Nanti baru timbul segala layer yang kat dalam tu.
PETUA UNTUK BUAT ROTI CANAI:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = letak minyak. 2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = letak gula atau tambah susu pekat manis. 3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dengan air sejuk/ais.
Buat pancake atau penkek ni memang mudah. Pancake gebu lemak berkrim ditambah buah-buahn seperti lemon memang lazat. Bagi penggemar coklat, min pasti pancake Milo jadi pilihan.
Bagi mak-mak yang nak buat bekalan untuk anak sekolah dan juga sarapan, pancake memang pilihan terbaik. Jom semak resipinya.
PANCAKE LEMON MAPLE SYRUP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata. 2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair. 3. Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali. 4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. 5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Tekstur agak kenyal Jenis masakan : Pencuci mulut
INFO CHEF: Boleh hidangkan bersama hirisan buah-buahan segar dan krim putar jika suka.
PANCAKE MILO
Bahan – bahan:
CARA MEMASAK : 1. Pecahkan telur dan kacau 2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan – bahan untuk resepi pancake milo 3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci. 4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak. 5. Bila bahagian atas berlubang² udara & hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah. 6. Biarkan sekejap & terus angkat. 7. Sedia untuk dihidangkan.
* sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. * tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dgn air panas sedikit, tuang atas pancake.
Pancake Milo : Resipi dipetik dari Sheila Rusly
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau lalu depan kiosk jual Mexican Bun ini kita mesti terjebak beli sebab baunya yang harum. Malah roti ini juga sememangnya sedap terutama bila dimakan panas-panas.
Jika ramai dalam keluarga yang suka, elok kita belajar buat sendiri. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Amy Akim ini. Waktu masak memang semerbak dapur, tak sampai nak makan.
Bahan roti :
300gram atau 3 cawan tepung gandum
70gram gula
30gram marjerin
Sebiji telur
1 sudu besar mauripan
150ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter atau Buttercup (untuk inti)
Bahan topping :
50gram tepung gandum
40gram gula
60gram marjerin
Sebiji telur
2 sudu besar Nescafe dan air suam (sekadar boleh larut)
Esen vanila
Cara membuat
1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula. Biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen vanila.
3. Masukkan bancuhan yis/mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yang lembap. Boleh guna napkin juga. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Buat 50gram untuk setiap doh, boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara itu boleh sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Akhir sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.
9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.
10. Panaskan oven dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.