Tembikai susu oh tembikai susu. Kalau dipotong dan dikeluarkan dari peti sejuk memang syok dan segar dimakan. Lebih-lebih lagi di hari panas terik, perrggh.
Tembikai susu ni ada 2 jenis ada yang warnanya kuning pucat/ hijau muda dan ada pula warna kuning. Bahasa Inggerisnya disebut sebagai honeydew melon atau honey melon .Buahnya berat dan banyak kandungan airrnya. Dan baunya memang harum dan punya lah manis bila masak ranum.
Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Tapi paling mengujakan ada khasiat mencantiikkan kulit.
1. Kulit Sihat Dan Cantik
Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Kalau makan hari-hari boleh menyebabkan kulit bersih, lembab dan bermaya. Eh, memang nampak cantiklah.
2. Mencegah Barah Tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh mencegah barah. Makan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
3. Menurunkan berat badan Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
4. Mengawal tekanan darah
Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
5. Merawat Hepatitis Dan Ketumbuhan Tembikai susu adalah antara ramuan popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filipina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid tidak teratur manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.
Nah, ni bonus 2 resipi berasaskan tembikai susu.
AISKRIM TEMBIKAI SUSU
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK: 1. Potong kecil tembikai susu dan bekukan di dalam peti ais semalaman. 2. Sesudah dibekukan, kisar tembikai susu beku tadi dengan cara memasukkannya ke dalam pengisar sedikit demi sedikit. 3. Selepas itu masukkan putih telur dan kisar lagi. 4. Kemudian masukkan pula krim putar, sambung kisar. Pastikan semua bahan dikisar sebati. 5. Selepas dikisar, adunan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Jika suka, bolehlah dimasukkan pewarna dan digaul rata. 6. Masukkan bekas tadi ke dalam peti ais untuk dibekukan sepenuhnya. 7. Sedia dihidang. *jika nak diletakkan pewarna, pilih warna hijau epal atau kuning.
Kredit resipi dan foto : FB Malaysia Viral Story
HONEYDEW PUDDING
(Dapat 4 biji seperti dalam gambar)
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air, serbuk perisa tembikai susu, krimmer dan serbuk agar-agar dalam periuk. 2. Kacau hingga krimmer dan serbuk tembikai susu larut. 3. Kemudian nyalakan api, masukkan gula dan masak hingga mendidih 4. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biar selama 2-3 jam sehingga pudding keras. 5. Bila sejuk sedikit boleh lah dimasukkan dalam peti ais. 6. Sedia untuk dinikmati
Kredit foto dan resipi : ilhamdapur.blogspot.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selalu kita hanya beli tauhu cukup-cukup untuk sekali masak sahaja. Kita tak nak beli banyak sebab bimbang tauhu rosak sekali gus merugikan kita. Nah, RASA kongsikan tip cara simpan tauhu supaya tauhu lebih tahan lama.
1. Ketika membeli tauhu pastikan bahagian luar tauhu tidak berlendir.
2. Cium bau tauhu. Jika bau kurang menyenangkan, jangan beli.
1. Setelah beli dan sampai di rumah, terus bersihkan tauhu di bawah air mengalir, kemudian toskan.
2. Simpan tauhu dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti ais.
3. Tip tauhu tahan lebih lama. Isikan air dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagian tauhu terendam sepenuhnya.
4. Tukar air setiap hari.
5. Jangan potong tauhu. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.
Mudahkan? Dengan cara ini korang boleh simpan tauhu lebih lama. Sekurang-kurangnya tiga hari boleh tahan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1. PILIH IKAN BILIS BERKUALITI
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2. GUNA BILIS SAIZ SEDERHANA
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3. PASTIKAN BETUL-BETUL KERING
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4. TAMBAH CUKA
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa. Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
5. GORENG GUNA MINYAK PANAS
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
6. GUNA API SEDERHANA
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7. TOS MINYAK SEPENUHNYA
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8. SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA
9. GORENG SECARA BERPERINGKAT
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.