Nak pakai sikit tapi dah dibungkus kuantiti banyak jadi terpaksa beli juga. Ini masalah biasa bila menggunakan daun bawang dan juga daun sup dalam masakan. Sudahnya lebihan jadi lembik dan buruk bila tak disimpan cara yang betul.
Bagi memastikan lebihan daun bawang dan daun sup ini tidak membazir dan merugikan boleh gunakan cara yang dipraktikkan oleh Zanariah Zain ini. Kaedah ini katanya membolehkan daun-daun ini tahan lama hingga berbulan-bulan.
1. Basuh daun sup dan daun bawang yang mahu disimpan. Toskan.
2. Kemudian hiris siap-siap daun ini.
Ads
3. Tuang sedikit minyak masak lalu gaulkan dengan daun bawang atau daun sup hingga rata.
Ads
4. Masukkan dalam bawang yang siap digaul ini ke dalam bekas atau ziplock dan simpan dalam freezer.
5. Fungsi minyak tadi adalah untuk memastikan ia hirisan daun tadi tidak melekat antara atu sama lain dan memudahkan kita mengambilnya dalam kuantiti yang diingini.
Cuti perayaan ni mood makan semua sedap berselera. Mana yang berdiet kalau tak jaga nafsu cuti-cuti ni kelautlah jawabnya, inikan pula yang ada GOUT memang menangkap kalau tak jaga makan. Cara mudah nak rawat GOUT paling senang. Bahan yang senang dicari, mudah dibuat, rasanya pun sangat sedap. Ikut cara ini.
Bahan:
1. 1 tin jus nenas (ikut apa2 jenama pun)
2. 1.5 liter air mineral tutup biru / hijau. Osmosis berbalik tak boleh guna.
3. Campurkan air nenas tin ke dalam air mineral 1.5liter. Jika berlebihan pada air mineral anda kena minum sedikit terlebih dahulu elakkan air tumpah.
4. Bacaan Bismillah 11x.
5. Selawat Nabi 11x.
6. Al-Fatihah keatas Nabi Muhammad 1x.
7. Habiskan air campuran nenas tersebut 1.5liter dalam masa 2-3jam.
8. Ulang semula kaedah diatas jika kesan bengkak dan sakit GOUT menunjukkan pengurangan.
9. Tidak boleh lebih dari 3 botol dalam sehari.
Kongsi resipi: Sahrizal Miswan, Pusat Terapi Al-Jawahir, Shah Alam
Nasi yang cepat basi memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi jika lebihan nasi yang ada dalam periuk masih banyak. Maklumlah, kadang-kadang kita pun terlupa nak simpan lebihan nasi tersebut dalam peti sejuk.
Dengan 6 petua di bawah ini, ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah ini. Selamat mencuba!
6 PETUA MASAK NASI SUPAYA LAMBAT BASI
1. BASUH HINGGA BERSIH
Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Anda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.
2. PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. JUS LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. LAP WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.
5. TAMBAH GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Petua ini adalah perkongsian dari Puan Suaida Salehudin. Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang sudah biasa memasak, mesti kenal dan boleh bezakan halia dan lengkuas. Tapi yang yang baru belajar masak atau si bujang mungkin was-was sebab secara fizikal kedua-duanya hampir sama. Kedua-duanya adalah bahan tumisan penyedap makanan yang yang mempunyai bau. Walaupun hampir sama, kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dalam masakan. Nak tahu apa dia, anda baca tipi yang rasa kongsikan ini.
Warna Dan Tekstur Kulit
Halia berwarna kuning kecoklatan atau coklat lembut. Sementara lengkuas coklat yang lebih gelap dan mempunyai rerambut akan pada ruas lengkuas. Garis-garis pada lengkuas juga lebih jelas berbanding halia. Tekstur kulitnya juga lebih kasar, licin dan berkilat berbanding halia.
Warna Dan Tekstur Isi
Tekstur isi halia lebih lembut dan berserabut, sedangkan lengkuas lebih keras, sementara warna halia lebih kepada kuning muda. Lengkuas pula berwarna coklat terang dan sedikit kemerahan.
Bau Dan Rasa
Halia dan lengkuas mempunyai aroma yang segar sifatnya, namun bila diamati betul-betul, ia sangat berbeza. Halia mempunyai bau yang lebih hangat dan manis. Sementara lengkuas memiliki sedikit aroma citrus yang tersendiri dan menyegarkan. Kedua-dua rempah ratus ini mempynyai rasa yang pedas panas, tetapi lengkuas lebih kuat berbanding halia.
Penggunaan Dalam Masakan
Kedua-dua bahan ini digunakan kerana fungsinya yang memberikan aroma dalam masakan. Namun lengkuas jika digunakan dalam masakan dengan carra hirisan atau ketuk, ia tidak boleh dimakan sekali kerana keras. Sedangkan halia, walaupun tidak dihancurkan ia boleh dimakan bersama bahan masakan yang lain sebab kembut dan rasa pedas hangat yang lembut.
Jenis Masakan
Disebabkan aromanya yang hangat lembut, halia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan juga minuman sereta kuih muih berbanding dengan lengkuas yang panas, pedas. Kerana itu, lengkuas banyak digunakan dalam kebanyakan masakan Asia yang lebih pedas dan panas sifatnya seperti rendang, tomyam dan singgang..
Jelaskan berbezaannya? Jadi jangan tersalah beli dan penggunaannya ye.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.