Makan sambal tumis yang mak kita buat sedap tapi bila buat sendiri rasanya berbeza. Kurang sedap. Dah ikut seperti yang diajar tapi tak juga menjadi.
Bagi korang yang masih belum berpuas hati dengan masakan sambal yang dimasak mungkin boleh ikut petua yang dikongsi oleh Putra Bugis Temasek.
Ads
Menurutnya ada cara dan petua berbeza untuk masak sambal bilis, sotong, udang ataupun sambal telur. Boleh ikut tip yang dikumpul dan dikongsi oleh beliau.
Tip buat sambal tumis sedap
Saya nak share petua atau cara buat sambal tumis yg lebih sedap. Saya buat penyelidikan tentang sambal tumis sejak dari tahun 2013. Tip ini saya kumpul dan jika ada yang nak berkongsi silakan.
1. Sambal bilis
Foto dari Azie Kitchen
Kalau masak sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili. Lebih perisa sambalnya. Sambal bilis juga memang tak masukkan garam sebab bilis dah masin.
Cara membuatnya goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar pula. Agak dah layu, angkat dan ketepikan. Kemudian tumis lada kering.
Apabila dah masak baru masuk air asam, gula, garam dan ikan bilis dengan bawang tadi. Kadang-kadang saya tumis tomato dadu dengan belacan sikit.
2. Sambal sotong
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, selepas basuh sotong perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa garam supaya tidak berlebihan.
Sebelum masukkan air asam jawa pastikan sotong dah kecut baru dimasukkan.
Satu lagi untuk sambal udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik.
3. Sambal udang
Ads
Jika memasak sambal udang rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerana ada cuka (jika terpaksa menggunakannya ia perlu dimasak sehingga betul-betul garing.
Gula juga perlu digunakan dengan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Selain itu api juga harus kecil dan tumis sehingga naik minyak. Selepas naik minyak baru masukkan gula. Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Kemudian masukkan air asam, garam dan air secukupnya. Kalau nak masukkan air asam jawa sebaiknya selepas air udang keluar.
Kalau sambal tumis udang, saya kisar sedikit udang kering dengan cili kering.
Petua arwah nenek, tiap kali kisar cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yg perlukan cili, sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
Hari ni min nak cerita pasal makanan yang harus dielakkan oleh penderita asthma. Sebenarnya belum terbukti lagi ada makanan ‘ajaib’ yang boleh menyembuhkan pengidap penyakit ini . Tetapi ada makanan yang diambil boleh memberi pengaruh dan kesan kepada penghidap penyakit ini.
Ada juga makanan yang boleh menyebabkan simpton asthma makin memburuk. Tapi sebelum tu meh kita ambil tahu apa itu penyakit asthma.
Asma atau lelah adalah penyakit berkaitan saluran pernafasan yang digolongkan sebagai alahan seperti resdung (allergic rhinitis) dan masalah kulit (eczema). Namun, masih ramai menyamakan asma dengan semput disebabkan simptom serupa terutama kesukaran bernafas apabila terlalu letih.
Individu yang mengalami semput tidak semestinya mempunyai asthma. Serangan asthma berlaku apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung dengan paru-paru mengalami kekejangan mengakibatkan saluran itu mengecil hingga sukar bernafas.
Semput pula seakan asthma tetapi ia berlaku berkemungkinan besar daripada penyakit berkaitan paru-paru seperti pneumonia, bronchitis, anemia, lemah jantung atau fibrosis.
Memang benar tidak semua orang memberi tindakbalas yang sama kepada jenis makanan yang sama. Tetapi adalah lebih baik jika penghidap asthma memantau pemakanan dan cuba elakkan memakannya…
1. BUAH-BUAHAN KERING
Foto : ohnos.com
Ni makanan yang paling patut dielakkan kerana kebanyakan buah-buhan kering mengandungi ‘sulfites’. Ia adalah bahan pengawet untuk memanjangkan tarikh hayat makanan yang boleh membawa masalah kepada penghidap asthma. Baca label ramuan, jika ada perkataan ‘potassium bisulfite’ dan ‘sodium sulfite, ia boleh menganggu saluran pernafasan dan mencetus asthma.
2.UDANG & MAKANAN LAUT
Foto : foodmanufacture.co.uk
Tak kisahlah udang sejuk beku atau udang yang sudah dimasak. Hmm…sekali lagi puncanya adalah sulfites. Udang sejuk beku dan juga makanan laut yang lain sering mengandungi sulfites kerana bahan ini menghalang pembentukan titik hitam pada udang atau makanan laut. Dan jika makan di luar, pastikan kuah sup yang dimakan tidak mengandungi udang atau makanan laut yang lain.
3. ACAR
Foto : yummies.com
Acar atau makanan jeruk , tak kisahlah yang dibuat daripada buah-buahan mahupun sayur-sayuran. Acar juga mengandungi zat sulfur, jadi ia boleh mendedahkan kepada serangan asthma.
4. KENTANG GORENG DAN YANG DIPROSES
Foto : chicagotribune.com
Penghidap asma juga perlu berwaspada dan menjauhi dari kentang goreng yang pastinya mengandungi MSG dan garam. Terdapat campuran kentang lecek yang dijual dalam paket juga mengandungi pengawet bisulfites. Jika teringin juga nak makan, makanlah kentang yang dimasak sendiri atau direbus, kukus atau dibakar dalam oven dan bukannya yang digoreng.
5. BUAH-BUAHAN DALAM TIN & JUS BUAH DIPROSES.
Foto : millenialogy.com
Buah-buahan seperti ceri atau jus dijual dalam betul juga boleh mengandungi pengawet yang boleh merangsang ‘bronchospasm’ atau simpton asthma yang lain.
6. ALAHAN MAKANAN
Foto : www.foreverfit.com
Jika anda dah tahu apa makanan yang memberi kesan alahan, eloklah dijauhi daripada memakannya. Contoh makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah gandum, kacang soya, kacang tanah, kekacang seperti badam dan walnut, telur, susu, ikan dan makanan laut. Makanan ini dipercayai boleh merangsang risiko mencetus asthma.
7. AIS DAN MINUMAN SEJUK
Foto : wallpaperswide.com
Air sejuk dipercayai boleh mengecilkan saluran pernafasan dan boleh membuatkan wujudnya simpton-simpton asthma.
Bawang putih ni memang banyak khasiatnya biasa orang guna untuk buang angin dalam badan. Tapi tak sangka kalau di panggang khasiatnya lebih banyak lagi! Jom cuba..
Bawang Putih Bakar untuk makan malam bersama nasi putih dan sedikit ulam (diet malam ni). Cara2 seperti di dalam video.. dan gambar sebelah yang dah siap. Khasiatnya utk membuang angin dalam badan secara alami, elok utk ibu dalam pantang dan turunkan kolestrol dalam darah. Perkongsian dari Noreez Rahmat
Bawang putih dikenal di seluruh dunia kerana manfaatnya membantu banyak orang sakit. Doktor menyarankan untuk menggunakan bawang putih mentah sebagai ubat semula jadi untuk mengendalikan tekanan darah tinggi dan rendah, kolesterol tinggi, penyakit jantung, serangan jantung dan penurunan aliran darah.
Sifat yang menakjubkan adalah bawang putih mampu membantu mencegah pembentukan angiotensin II, hormon dan melancarkan pembuluh darah. Bawang putih juga bermanfaat dalam mengendalikan kolesterol LDL.
Pasti terkejut dengen kesan pencegahannya. Siapa sangka ternyata ada banyak khasiat yang tak terduga. Para ahli perubatan menyatakan bahawa jika seseorang makan enam ulas bawang putih panggang setiap hari hasilnya akan menakjubkan.
Setelah makan enam ulas bawang putih panggang sehari, akan nampak perubahan ini pada tubuh.
1 jam
Pada jam pertama bawang putih dicerna di perut, dan kebanyakan sayuran, itu menjadi makanan bagi tubuh badan.
2-4 jam
Pada tempoh ini, bawang putih sedang melawan radikal bebas dan sel kancer yang ada.
4-6 jam
Cairan berlebih dan lemak tubuh yang tersimpan dikeluarkan kerana metabolisme tubuh, Orang yang makan mula merasakan manfaat yang bertindak balas oleh bawang putih.
6-7 jam
Suatu proses melawan bakteri mula berlaku kerana sifat anti bakteri bawang putih.
6-10 jam
Tubuh akan terlindung dari oksidasi kerana nutrisi telah memainkan peranan utama pada jumlah sel.
10-24 jam
Setelah itu, tubuh akan melalui proses pembersihan dalam dan memiliki hasil sebagai berikut :
Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, 11 kaliganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
foto: http: janellapurcell.com
Walaupun kecil, tapi banyak makanan yang boleh dihasilkan menggunakan kacang ini. Antara yang popular ialah tauhu, tempe dan juga air kacang soya.
MANFAAT AIR SOYA
Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang sangat menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Kalau ke pasar malam, memang banyak orang jual air ni. Nikmati sejuk atau panas, dua-duanya sangat enak. Tapi, ia bukan sahaja sedap tapi banyak manfaat untuk tubuh badan.
Kandungan air kacang soya terletak pada komponen dalam soya yang meliputi karbohidrat, serat (fiber), vitamin E dan K, asid lemak essensial. Lisin adalah jenis asid amino yang banyak terkandung dalam air soya.
foto: www.extracrispy.com
Air kacang soya juga merupakan sumber protein yang sangat lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Soya mengandungi sembilan asid amino esensial. Tubuh akan mengubah asid amino menjadi protein baru, termasuk antibodi penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh dan enzim yang membantu sel-sel menghasilkan energi. Setiap secawan air soya tanpa gula, mengandung 7 gram protein.
Air kacang soya juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineral lain yang diperlukan oleh tubuh manusia. Berikut beberapa kandungan vitamin dan mineral daripada air kacang soya ini :
Kalsium
Zat Besi
Riboflavin
Vitamin B12
Antara kebaikan yang boleh didapati dengan meminum air kacang soya ialah;
1. UNTUK KESIHATAN JANTUNG
Penyakit jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang paling sering dialami oleh lelaki. MayoClinic.com (portal kesihatan dunia) menyarankan untuk melakukan diet rendah lemak tepu dan sodium serta tinggi protein untuk mencegah masalah kardiovaskular. 1 cawan air kacang soya mengandung 3.6 gram lemak, 6.3 gram protein, 104 kalori dan hanya 0,5 gram lemak tepu. Selain rendah kalori, lemak dan tinggi protein, nisbah lemak tepu dan tak tepu kacang soya dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.
2. MENGURANGI KOLESTEROL DALAM DARAH
Antioksidan dalam isoflavon pada kacang-kacangan seperti soya, mampu menaikkan kadar HDL yang baik untuk kesihatan jantung. Manakala lesitin dipercayai dapat membantu menurunkan kadar LDL (kolesterol jahat) dalam darah yang dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh.
3. MENGURANGI RISIKO DIABETES
Protein di dalam air kacang soya lebih mudah diolah oleh buah pinggang pesakit diabetes, dibandingkan dengan protein haiwan seperti susu lembu.
4. MENCEGAH OSTEOPOROSIS
Osteoporosis merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh bertambahnya usia dan kekurangan hormon. Fitoestrogen dalam kacang soya dapat membantu mempercepat penyerapan kalsium oleh tubuh dan mencegah hilangnya massa tulang yang dapat menyebabkan osteoporosis. Untuk manfaat maksimum, pastikan untuk membeli air kacang soya yang diperkaya dengan kalsium tambahan dan vitamin D.
5. BAGUS UNTUK ORANG DIET
Air kacang soya juga dapat memenuhi keperluan zat bagi yang berdiet. AirAir kacang soya rendah lemak, namun tinggi protein. Walau bagaimana pun, apa juga yang kita ambil perlu bersederhana. Dikatakan air kacang soya tidak bagus diambil oleh mereka menghidap kanser payudara.
Satu lagi makanan yang dihasilkan daripada kacang soya ialah tauhu. Ia merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga boleh dimanfaatkan untuk menjauhkan segala macam penyakit berbahaya. Tauhu dibuat dengan mengeraskan pati soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Pati soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan khasiat kesihatan.
foto: thespruce.com
Pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan tauhu dan pastinya ia bukan sahaja sedap bahkan penuh khasiat. Dari sudut kesihatan, antara khasiat tauhu ialah:
1. MENINGKATKAN PENGELUARAN TENAGA
Tauhu merupakan sumber zat besi yang baik. Setiap 100 gram tauhu menyediakan 30% daripada yang diperlukan badan dalam hari. Zat besi dalam tauhu ini bersatu dengan hemoglobin di dalam badan yang membantu proses pemulihan dan pelepasan oksigen ke seluruh tubuh yang kemudian menghasilkan tenaga baru. Mineral ini diperlukan tubuh agar zat besi boleh bekerja baik di dalam sel darah merah.
2. MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Tauhu yang tinggi protein membuatkan perut tidak cepat merasa lapar selepas memakannya. Juga, sifat rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram) tidak menambah kalori tambahan untuk menu diet anda.
3. MASALAH RAMBUT GUGUR
Rambut memerlukan banyak protein kerana hampir 97% pertumbuhan rambut datang daripada protein. Jika tubuh badan anda kekurangan protein, maka tubuh anda akan mengambil protein daripada sumber yang lain. Salah satunya adalah rambut anda. Tidak hairan jika rambut mudah patah, kering dan gugur. Oleh kerana itu sangat disarankan pengambilan protein yang mencukupi setiap hari. Tubuh anda memerlukan protein untuk pertumbuhan semula, maka jangan abaikan nutrisi ini.
4. ANTI-PENUAAN
Manfaat lain daripada makan tauhu dengan kerap ialah ia melambatkan proses penuaan dengan ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan nada otot muka yang seterusnya menghalang penuaan. Membuat pes tauhu dan diletakkan pada muka juga merupakan idea yang baik kerana ia menyuburkan kulit.
Tempe jauh lebih kaya nutrisi jika dibanding dengan produk-produk soya yang lain. Ia lebih padat dan hanya mengandungi sedikit kadar air, menyediakan dua kali kalori, lemak, protein serta empat kali lebih banyak karbohidrat.
foto: wikimedia.org
Ia dihasilkan dari kacang soya yang diperam bersama ragi untuk tempoh tertentu. Menurut kajian, kandungan zat yang terkandung di dalam tempe setanding dengan kandungan gizi yang ada pada yogurt. Untuk menikmatinya pula, tidak perlu dimasak dengan resipi sukar. Tempe yang hanya digoreng bersama garam dan kunyit atau ditambah ke dalam lauk pauk pun sudah cukup untuk menyerlahkan rasa serta keenakannya.
Antara kebaikan dengan memakan tempe:
Membantu menurunkan kolesterol
Menguatkan tulang dan menyingkirkan gejala menopaus