Mi goreng basah ini selalu jadi pilihan menu untuk dihidangkan kepada tetamu datang beraya. Cuma masalahnya, hidangan ini tak boleh dibiar lama. Kalau tak dimakan terus, kuah akan diserap dan mi jadi kembang. Bila dah begini, rasanya akan kurang sedap.
Sebenarnya untuk memastikan mi goreng basah ini kekal basah dan berkuah ada caranya. Kalau ikut tip yang dikongsi oleh Riana Samad, masak mi basah awal pun tiada masalah. Mi ini akan kekal berkuah likat.
Tip buat mi basah tak kembang, kuah tak serap
Bahan-bahan
1 bungkus mi kuning – rendam dan tos
3 biji bawang putih & 4 biji bawang merah -kisar
1/2 sudu cili giling
Secubit asam jawa
Sotong, bebola ikan, daging – hiris
1 biji bawang besar – hiris
1 biji tomato – potong 4
5 sudu sos cili,
5 sudu sos tomato
5 sudu sos tiram
Kicap manis
Sayur
Cara membuat
1. Tumis bawang kisar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili giling dan asam jawa. Tumis lagi sampai masak dan naik bau wangi
2. Masukkan semua sos, tumis lagi sampai pecah minyak. Selepas itu masukkan sesuku cawan air baru kemudian masukkan udang daging dan bebola. Tumis lagi sampai masak.
3. Masukkan pula buah tomato, sayur bawang besar dan cili.
4. Masukkan mi dan kacau rata. Sambil itu boleh masukkan kicap dan serbuk perasa.
6. Bila me hampir masak, masukkan tauge jika suka. Bila dah sebati tutup api.
TIP EKSTRA
- Sebelum letak garam dan gula rasa dulu kerana mi itu sendiri dah masin. Selain itu kicap, sos cili tomato dan tiram tadi sudah cukup untuk memasin dan maniskan mi. Lebih-lebih lagi kalau guna cili boh segera. Memang dah sedia masin.
- Air jangan banyak sebab nanti mi jadi kembang dan kuahnya akan kering.
- Kalau air cuma sesuku cawan, mana nak jadi basah dan berkuah mi? Ok ni tipnya, sos tomato, cili tiram kena banyak. Jangan kedekut sos ya. Sos inilah yang memekatkan mi bukan air.
Selamat mencuba.
Sumber: Riana Samad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI