Ada yang tak suka sayur sebab konon katanya sayur tak sedap. Sayur boleh jadi sedap kalau anda tahu nak mengolahnya jadi lauk
yang bercita rasa. RASA kongsikan tiga lauk sayur yang simple untuk anda makan. Nak ratah pun boleh!
Ads
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
Bahan-bahan
20 batang bendi (dihiris serong)
5 keping daging burger (dicencang kasar)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 sudu makan cili kisar
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Air
Minyak masak untuk menumis
Ads
Cara memasak
1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga garing.
2) Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
3) Masukkan sos tiram, garam dan gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4) Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul sehingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
5) Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
TAUGE IKAN MASIN BERSAMA TAUHU & DAUN KUCAI
Bahan-bahan
150 gram tauge
1 keping tauhu (dipotong kecil)
3 cm isi ikan masin
1 pokok daun kucai (dipotong 3 cm)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Ads
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2) Masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
3) Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
4) Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
5) Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Pernah cuba Terung Goreng Crispy? Biasanya makanan laut, ayam atau sayuran seperti cendawan dan bendi biasanya digoreng begini namun rupanya kalau guna terung pun sedap tau. Saudari Zaharah Mazrul ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
Rupanya fucuk boleh juga dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang mudah didapati.
Hasil perkongsian daripada Siti Zara’s ini memang puas hati kerana selain daripada jumlah yang banyak, tetapi lebih yakin dengan kebersihan makanan itu sendiri.
Nak buat pun sangat senang dan bahan mudah didapati. Jom kita buat!
FUCUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN Kacang soya Air *tiada kuantiti yang spesifik kerana bergantung kepada berapa banyak yang anda nak buat.
1. Rendam kacang soya semalaman. Selepas semalaman, buang kulitnya. Tak dapat buang semua pun okay, yang penting 50 peratus dapat buang.
2. Basuh lagi kacang soyang telah dibuang kulitnya dan toskan. Kemudian, kisar soya menggunakan formula nisbah air 1:2 (1 untuk air, 2 untuk soya). Tapis airnya.
3. Kemudian, masak air soya di atas dapur. Untuk proses ini, boleh guna apa-apa bekas periuk. 4. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana kecil ye. Saya guna bekas makanan buffet. Gunakan kaedah double boil, hasilnya lagi cantik. Tidak perlu kacau.
5. Lama-kelamaan, lapisan fucuk akan terbentuk pada permukaan air soya tu akan jadi mengeras.
6. Lebih kurang ada lapisan yang kekuningan berkedut-kedut. Kemudian, boleh angkat menggunakan lidi sate yang panjang tu. Atau boleh juga gunakan chopstick.
7. Kemudian, cara jemurnya sama seperti macam nak jemur tuala. 8. Biar sampai kering betul. Jika tidak ia akan berkulat. Selepas itu, boleh ulang proses tadi sampai dapat banyak.
Cendawan adalah sajian popular yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Andai berkunjung ke pasaraya, pelbagai jenis cendawan berlainan bentuk dan rupa boleh didapati dengan mudah.
Cendawan Tiram, Cendawan Butang, Cendawan Shiitake, Cendawan Inoki, Cendawan Shimeiji, Portobello dan beberapa lagi adalah antara jenis-jenis cendawan enak yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dijual secara segar dan juga dalam bentuk yang telah dikeringkan, bermacam masakan boleh dihasilkan menggunakan cendawan-cendawan ini.
Masukkan sahaja cendawan dalam setiap masakan kegemaran seperti sup, tumis, kacau goreng atau panggang. Semuanya pasti jadi enak dan lebih menyelerakan. Ditambah pula dengan kandungan khasiatnya yang tinggi, menjadikan cendawan sebagai salah satu bahan masakan penting yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Masakan berasaskan cendawan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Rasa lada, rasa masin dan aroma yang wangi menaikkan rasa cendawan dan menjadikan masakan anda jadi lebih enak serta berperisa. Malah anda juga boleh menambahnya dalam apa jua masakan kegemaran, dijadikan perapan dan juga topping. Sangat senang malah kerja memasak juga jadi lebih mudah.
Kini anda boleh menikmati keenakan cendawan bersama AJI-SHIO® dan rebut peluang untuk memenangi hadiah hanya dengan memasak menu kegemaran dari dapur anda!
Jom sertai peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win” dan bawa pulang pelbagai hadiah-hadiah menarik. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu masak masakan berasaskan cendawan menggunakan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa atau AJI-SHIO® Lada Berperisa. Senang kan?
Nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 menu di bawah ini boleh bagi anda idea. Semua sedap dan mudah-mudah belaka. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN: 100gm kentang Russet – rebus 5gm kucai – cincang 2 sudu makan mentega yang dicairkan 1 ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa 200gm cendawan Cremini (batang dicampur dalam kentang lenyek) 50gm parutan keju mozzarella
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. 2. Lenyekkan ubi kentang. Tambahkan hirisan kucai, batang cendawan, 1 sudu makan mentega cair dan perasakan dengan 1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul sebati dan ketepikan. 3. Perap cendawan dengan 1 sudu makan mentega cair dan juga and ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.4. Sudukan kentang lenyek ke dalam topi cendawan dan susun dalam dulang pembakar.5. Taburkan keju mozzarella dengan secukupnya di atas cendawan tadi.6. Bakar cendawan di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. 7. Sedia untuk dinikmati..
Tip: Untuk membersihkan cendawan Cremini, buang kekotoran yang melekat pada cendawan menggunakan tisu dapur hingga bersih.
BAHAN-BAHAN: 30gm mentega bergaram ½ biji bawang Holland – dadu kecil 3 ulas bawang putih – cincang 200gm Cendawan Butang Putih – dibersihkan ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa 1 sudu the parsli – dicincang
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih hingga wangi.2. Tambahkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan masak dan bertukar keperangan.3. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa. 4. Akhir sekali, tambahkan daun parsli dan gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.
Tip: Semasa membersihkan cendawan, buang kekotoran yang melekat dengan hanya menggunakan tisu dapur hingga bersih.
CARA MEMASAK: 1. Satukan telur, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan tepung beras, kacau sehingga sebati.2. Bahagikan cendawan kepada kepingan kecil. 3. Masukkan ke dalam bancuhan telur dan gaul rata.4. Taburkan tepung kentang dan gaul rata. 5. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.6. Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan sedia untuk dihidang.
BAHAN-BAHAN: 6 sudu makan mentega 1 biji bawang kuning – dihiris 5 ulas bawang putih – dihiris 15 biji cendawan butang segar – dihiris 3 sudu makan tepung gandum 5 cawan air 1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa 1 ½ sudu makan TUMIX® Perencah Pati Ayam ½ cawan krim masakan
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang kuning, bawang putih dan cendawan butang sehingga lembut.2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan 1 cawan air dan kacau sehingga sebati. 4. Kisarkan sup sehingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk. Tambahkan lebihan air.5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam. 6. Renehkan sehingga sup sedikit pekat. 7. Masukkan krim masakan. Kacau rata.8. Sedia untuk dihidang.
BAHAN-BAHAN: 200gm cendawan Shimeji ¼ biji bawang holland – dihiris 1 sudu teh halia – dicincang 3 ulas bawang putih – dicincang 1 sudu makan sos tiram 1 sudu makan minyak bijan 1 tangkai daun bawang – dipotong 2cm 2 sudu teh bijan – digoreng tanpa minyak ½ sudu teh gula 1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak. 2. Tumiskan halia dan bawang putih.3. Masukkan bawang Holland dan goreng seketika.4. Masukkan cendawan Shimeji dan masak sehingga naik bau wangi dan lembut. 5. Tuangkan sos tiram bersama minyak bijan.6. Masukkan sedikit gula dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.7. Tutup api dan hiaskan bersama hirisan daun bawang dan bijan.
Tip: Elakan memasak cendawan Shimeji terlalu lama kerana ia akan kehilangan kemanisan dan menjadi lembik.
Untuk lebih banyak resipi menarik & info mengenai Peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win”, layari: https://www.facebook.com/AJISHIO.Cooking
Ayam masak kicap memang lauk tak pernah gagal pikat selera — tapi bila ditambah madu, rasanya terus naik satu level!Gabungan manis, pedas dan berempah...