Kalau ada tetamu nak datang rumah, boleh sediakan mufin. Mufin ni senang nak buat dan sedap. Boleh juga dijadikan buah tangan kalau nak bertandang ke rumah kawan. RASA kongsikan resipinya yang senang nak dicuba sendiri di rumah.
MUFIN COKLAT MADU
BAHAN-BAHAN
200 ml susu cair fullcream + 20 ml air perahan lemon
260 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
60 gram serbuk coklat
80 gram gula pasir (kisar halus)
½ sudu kecil garam
180 ml minyak jagung
2 biji telur ayam
120 gram madu
150 gram coklat keping
CARA MEMBUAT
1. Buat butter milk dengan cara campurkan susu cair dengan air perahan lemon. Biarkan selama 15 minit.
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk coklat. Kemudian panaskan oven pada suhu 180 darjah.
3. Larutkan gula pasir dan garam ke dalam gelas yang berisi butter milk. Campur butter milk dan minyak jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan telur ayam yang sudah dikacau terlebih dahulu. Masukkan madu. Kacau lagi supaya sebati dengan adunan.
5. Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung. Kacau sekejap.
6. Masukkan adunan ke dalam cawan mufin. Masukkan coklat keping.
7. Bakar dalam oven selama 30 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing.
Siapa kata buat roti susah, lagi-lagi kalau ada mesin pembuat roti. Yang penting ada resipi dan bahan-bahan boleh buat sendiri . Nak pedas atau manis, apa kata korang cuba resipi mudah yang RASA kongsikan ini. Roti Inti Kari Ayam Kentang, rasa sedap dan rotinya gebu.
ROTI INTI KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
90gm gula tebu tanpa peluntur /Coarse brown sugar
30gm tepung susu lemak penuh
8gm garam halus
100gm lemak sayuran tanpa hydrogenasi
11gm yis kering
5gm GR Superbake | penambah baik roti berasaskan tumbuhan
100gm kentang rebus | lenyek
250gm air sejuk
500gm kari ayam bersama kentang | disiapkan awal
CARA MEMASAK:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga menjadi doh sekata. Untuk memastikan doh cukup uli, ambil sedikit doh dan pastikan ia boleh direngangkan sehingga menghasilkan lapisan nipis.Keluarkan doh dan bahagikan kepada 60gm setiap satu.
Bulat-bulatkan dalam gengaman longgar, kemudia rehatkan lima minit supaya permukaan doh menjadi licin.
Canaikan doh ke hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan lapisan bujur.
Masukkan inti menggunakan sudu ke atas doh.
Perlahan-lahan cantumkan bahagian tepi doh dan klimkannya supaya inti tidak terkeluar.
Letakkan doh yang telah siap berinti dalam ring daun pandan yang telah disediakan awal.Tekan doh supaya mengikut bentuk ring pandan. Biarkan doh kembang tiga kali ganda.
Spray dengan air doh yang telah kembang, kemudian taburkan bijan di atas permukaan.
warna perang keemasan.
Keluarkan roti yang telah siap dibakar dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI OVEN ATAU KETUHAR UNTUK MEMBAKAR ROTI, JOM LAYARI DI SINI.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedap, cukup rasa dan pedas! Patutlah viral. Sesuai sangat buat sebagai hidangan minum petang ni.
CUCUR IKAN BILIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...