Dalam suasana raya, tetamu sentiasa datang bertamu, Jika ada tetamu datang malam anda mahu hidangkan satu menu berat yang ringkas. Dua menu ini boleh anda cuba, mudah disediakan dan rasa memang gerenti sedap. Lebih penting lagi semua orang boleh makan.
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
Ads
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
Ads
NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 mangkuk nasi
100gm sudu ikan bilis halus
3 ulas bawang merah | cincang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 biji cili padi | hiris halus
1/2 batang lobak merah | dadu halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
Keropok Nasi
Ikan bilis goreng
Telur dadar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.
CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR
BAHAN-BAHAN:
Daging
Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
2-3 helai daun nangka | jika ada
CARA-CARA:
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
cleavercooking.com
2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.
http://easyasbananas.blogspot.com
3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.
http://myferretpet.com
4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.
Nisan/Gula kerek – jika tiada ganti dengan gula biasa
4 sekawan 1 kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji pelaga
4 biji cengkih
BAHAN-BAHAN TUMIS
1/2 inci halia
10 Ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan-bahan yang dihiris sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Dalam minyak yang sama, tumis rempah 4 sekawan, bawang yang dikisar dan cili sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, gula kerek, halia, kerisik dan lengkuas yang diketuk. Kacau dan biarkan seketika sehingga daging kecut sedikit dan baru masukkan santan cair.
Biarkan sampai daging empuk. (Daging batang pinang tidak perlu masak lama dan jika bahagian lain biar reneh lama salam 2-3 jam)
Bila daging sudah empuk masukkan santan pekat dan garam, biarkan sehingga pecah minyak.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...