Kalau biasa merendang ayam dan daging. Kali ini boleh cuba kelainan rasa dengan merendang pucuk ubi pula. Boleh buat anda makan bertambah dengan resipi yang satu ini. Walaupun agak renyah membuatnya, yang penting rasanya memang ‘rare’
BAHAN-BAHAN:
2 ikat pucuk ubi | bersihkan – saya potong kasar
3 kotak santan (200ml setiap kotak) – saya campur air sama banyak dengan santan
2 bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 batang serai, cili api ikut suka pedasnya, sedikit kunyit hidup – kisar
2 helai daun kunyit | hiris halus
Segenggam ikan bilis | dibersihkan
Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tumis hingga pecah minyak. Sebab saya nak cili api tu betul-betul masak. Kurang sikit pedasnya.
Ads
2. Masukkan santan, air dan ikan bilis. Kacau hingga mendidih dan sedikit kering.
3. Masukkan air asam jawa dan pucuk ubi. Rasa garam dan kacau selalu sehingga hampir kering.
4. Masukkan daun kunyit, gaul rata. Tunggu hingga betul-betul kering. Dah kering bolehlah dinikmati.
Anda pencinta tempura? Menu popular Jepun ini memang nampak senang disediakan tetapi kalau tidak kena gaya masak,usahkan ranggup, malah memerangkap minyak dan tidak rangup seperti diharapkan.
Tapi kalau anda tahu cara menggorengnya gerenti tidak ada masalah dan akan selalu menyediakannya. Berikut RASA kongsikan enam cara menggoreng tempuran agar garing, rangup dan tidak berminyak.
Anda boleh gunakankan pelbagai jenis sayur, ikut cita rasa. Bagaimanapun pastikan cuci bersih sayur, kemudian tos dan pastikan ia kering sebelum dicelup dalam bancuhan adunan tepung.
Gunakan kuali tembaga atau keluli, kerana ia boleh mengekalkan kepanasan yang sekata bagi membantu tempura garing sekata dan kekal rangup.
Pastikan anda menggunakan sudik stainless steel semasa menggorang, tujuannya bagi mengelakkan aroma dan rasa tempura tidak melekat pada sudik. Masa yang sama, sudik stainless steel juga boleh digunakan untuk memeriksa kepanasan minyak.
Untuk memastikan minyak betul-betul panas, masukkan satu adunan ke dalam minyak. Jika segera timbul, bermakna minyak cukup panas. Maka teruslah menggoreng tempura hingga selesai.
Bagi memastikan tempura cukup masak, anda boleh kenal pastu melalui bunyi percikkan minyak semasa menggoreng. Jika bunyi percikan perlahan dan tepung yang meliputi sayuran berubah kepada warna kuning keemasan, angkat tempura dari kuali.
Pastikan anda menggunakan penapis semasa mengangkat bahan tempura. Kemudian toskan minyak sebelum sedia dihidangkan. Masa yang sama, penapis ini akan memastikan sisa tepung rempura berjaya dikeluarkan dari kuali dan tidak menganggu gorengan seterusnya.
Senang je kan, diharapkan dengan tip ini anda boleh menghasilkan sayur goreng tempura yang rangup berkeriuk setanding menikmati tempura di restoran-restoran mewah.
Tempura Sayur
Bahan Sayuran:
60gm bunga kubis | potong dadu
60gm lobak merah | potong panjang
60 gm kacang buncis | potong jadi dua
3 batang daun bawang | hiris memanjang
60gm kubis segar hiris memanjang
Bahan Adunan:
2 ulas bawang putih | kisar
100gm tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan
Masukkan sayuran, seafood, isi ayam atau daging ke dalam adunan. Goreng hingga kekuningan.
Tutup api, toskan minyak, kemudian hidang panas-panas.
Dua hidangan yang biasa disajikan oleh Datih Seri Nur Shahida Mohd Rashid di pagi Hari Raya adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya
Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.
Resipi Sayur Lemak Kelantan mudah sahaja nak sediakan tapi bila makan memang sedap. Makan pula dengan ikan goreng atau ayam goreng pun dah cukup menyelerakan.
Nak buat sayur lemak ni boleh gunakan beberapa jenis ikan seperti ikan kembung, selar atau juga selayang. Tumbuk dengan bawang dan lada hitam tumis dengan air dan santan, siap.
Memang mudah sangat nak sediakan, seperti yang dikongsikan Iryani Zaki. Makan dengan nasi panas dan budu memang sesuai sangat. Bertambah-tambah makan nasi.
Resipi Sayur Lemak Kelantan
Sayur lemak senang je nak buatnya.sedap makan dengan ikan kering atau ikan rebus goreng. Ada budu dan nasi panas ,mak mertua duk sebelah pun tak peduli
Jom cikedot resepi
BAHAN-BAHAN:
Ikan rebus – kembung,selar,selayang
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sejemput Lada hitam
Sayur- sayuran – kubis,terung,petola,sawi,
bunga kubis( sayur ni korang boleh nak letak yang Mana)
Garam
Santan pekat
CARA MEMASAK:
Rebus ikan selayang(Yani letak asam keeping,Garam Dan nissan. Sebab rebus ikan untuk goreng sekali)
Kupas bawang dan tumbuk bersama Lada hitam dan ikan rebus yang dibuang tulang sehingga lumat
Panaskan periuk/ kuali. Letak bahan santan dan sedikit air .
Biarkan menggelegak dengan api sederhana baru letakkan bahan yang ditumbuk. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul
Masukkan sayuran dan kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula ( optional utnuk orang kelantan )
Tutup api, dan kacau seketika untuk elakkan santan berketul.
Goreng ikan rebus ,budu Dan nasi panas.
Tadaaa. Dah siap sayur Lemak Kelantan yang sedap. Cukup nutrisi untuk anak- anak.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...