Tepung Naik Sendiri & Tepung Kek Habis? Jom Buat Sendiri.

Share

Kalau kita ni baru nak belajar buat kek, kita mesti selalu panik kalau satu bahan tak ada terus batalkan niat. Apa lagi kalau bahan utama seperti tepung kek atau tepung naik sendiri tak ada. Semua ini memang selalu membuatkan semangat terus hilang.  Tapi sebenarnya ada resipi yang boleh buat semangat anda tu kembali malah boleh berjimat lagi. Dan paling best, kek

yang dibuat pun menjadi dan sedap pula rasanya. Jom kita buat sendiri!

CARA BUAT TEPUNG NAIK SENDIRI & TEPUNG KEK SECARA HOMEMADE

 

1. RESIPI TEPUNG NAIK SENDIRI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 7 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan dan ayak sebanyak 3 kali.
  2. Simpan dalam bekas bertutup dan bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was.

2. RESIPI TEPUNG KEK (untuk 1 cawan tepung kek)

BAHAN-BAHAN:

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung

CARA MEMBUAT:

  1. Campur dan ayak kedua-dua bahan.
  2. Jika perlukan 2-3 cawan tepung kek, boleh gandakan jumlah bahan diatas.

IKLAN