Tepung Bunga, Kuih Tradisi Orang Terengganu

Share

Tepung bunga, kuih tradisi orang Terengganu. Kuih ini memang kuih orang lama. Namun ia masih kekal ada hingga kini.

Cukup mudah nak membuatnya malah bahan yang digunakan juga tak banyak. Tapi sedap ye.

Tepung Bunga, Kuih Tradisi Orang Terengganu

Bahan-bahan:

Tepung pulut – boleh beli secara online di sini

Santan/air

Garam secubit

Sedikit kapur hujung sudu (pilihan) – boleh beli secara online di sini

Telur 

Gula (utk tabur lps siap goreng) – boleh beli secara online di sini

Cara Memasak:

Gaul tepung pulut dengan santan/air, garam dan kapu makan. Uli hingga membentu seperti doh. Cara pembuatan seperti kuih puteri mandi.

Adunan jangan terlalu keras dan jangan lembik sangat. Kalau keras, kuih ini akan jadi kenyal dan sukar dikunyah.

Setelah itu, cuit sedikit dan gente bulat. Kemudian tekan di tengahnya biar jadi sedikit leper.

Kemudian, celup ia ke dalam telur yang telah dikacau tadi.

Terus masukkan ke dalam kuali dan goreng hingga ia berwarna kekuningan dan masak sepenuhnya.

Toskan dan bubuh di dalam pinggan. Tabur gula. Siap!!

Kredit Resipi dan foto: Siti Aisyah dan Kak Long Boss

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

IKLAN