Tengah Musim Buah Mangga, Sedap Buat Pulut Mangga Bersantan

Share

Buah mangga yang telah masak ranum, memang sedap dibuat pulut mangga. Gabungan buah mangga yang manis, dimakan dengan pulut dan dicurahkan santan lemak masin memang padu rasanya.

Untuk membuat pulut mangga yang sedap, ikuti perkongsian resipi daripada Iza Abu Bakar untuk menghasilkan pulut mangga bersantan yang sangat sedap. Jom kita buat. Alang-alang tengah musim buah mangga ni kan. Memang mudah nak dapatkan buah mangga yang manis.

PULUT MANGGA

BAHAN-BAHAN:

3 biji mangga (potong ikut suka)

2 cawan beras pulut  (rendam semalaman atau 4 jam) – Boleh beli online di sini

½ cawan santan pekat + air secukupnya + ¼ sudu kecil garam

2 helai daun pandan – carikkan (stok daun pandan tak ada, jadi saya tak letak)

CARA MEMASAK:

Toskan pulut dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas.

Kemudian, tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.

Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.

(KUAH SANTAN)

BAHAN-BAHAN:

½ cawan santan kotak – Boleh beli online di sini

1 cawan air

1 sudu kecil garam (mesti ada rasa masin) – Boleh beli online di sini

1 helai daun pandan

1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan sedikit air) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga hampir mendidih.

Kena kacau dengan agak kerap supaya santan tidak berketul. Guna api yang kecil.

Kemudian, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan masak hingga kuah nampak agak pekat.

Siap, boleh tutup api. Dah boleh dihidangkan bersama pulut dan mangga tadi.

NOTA: Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat seimbangkan rasa manis buah dan pulut.

Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan kuah santan.

Selamat mencuba.

Kredit: Iza Abu Bakar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN