Melangkah masuk ke Tempurung Kitchen, memang berasa di sebuah restoran mewah. Dekorasinya cantik dan tergambar di fikiran harga makanan di sini tentu mahal. Namun sangkaan meleset kerana harganya amat berpatutan dan ada menu yang berharga RM7.00 sahaja.
Pemilik restoran, Tini Hussin menegaskan walaupun restoran itu nampak mewah namun harganya amat berpatutan. Nama Tempurung Kitchen diambil kerana mahukan nama yang klasik. Dengan adanya Tempurung Kitchen, orang ramai dari sekitar Shah Alam, Klang dan Subang tidak perlu lagi pergi jauh hingga ke Kuala Lumpur untuk menikmati makanan Kelantan. Malah orang sekitar Lembah Klang pun tak perlu lagi rindu dengan makanan Kelantan yang asli. Mereka boleh datang ke sini untuk makan.
Menitikberatkan keenakan rasa setiap menu yang dijual, Tini sendiri mengetuai bahagian dapur. Tujuannya untuk menjaga kualiti hidangan. Antara yang menarik perhatian hidangan di sini adalah Nasi Kerabu, Nasi Ikan Singgang dan juga Nasi Berlauk. Turut ada nasi kerabu yang dimakan bersama shell out.
IKAN SINGGANG TERBAIK
Ads
Tatkala menikmati set nasi ikan singgang di sini, memang lauk ikan singgang yang dihidangkan amat memikat cita rasa. Cukup lengkap masin dan masamnya. Manakala kuahnya pula segar. Apatah lagi apabila dinikmati bersama nasi panas dan budu. Memang tak pandang kiri kananlah!
Bila bercakap soal makanan Kelantan, terbayang budu, ikan singgang dan juga nasi kerabu. Kalau itu yang anda mahukan, Tempurung Kitchen adalah piliha terbaik.
SESUAI BAWA ANAK
Menikmati hidangan di Tempurung Kitchen, memang amat sesuai jika anda ingin membawa anak-anak kecil. Ruang di sini santai dan jauh dari hiruk-pikuk suasana yang sibuk. Terletak di Ken Rimba, Seksyen 16 Shah Alam, restoran ini berada di lokasi yang agak tersorok. Jadi mudah untuk meletak kenderaan dan kedainya juga selesa.
“Boleh bawa anak-anak kecil makan di sini. Kami alu-alukan mereka yang berkeluarga untuk makan makanan Kelantan di sini. Ruang restoran kami selesa dan anda boleh makan dengan aman,”ujar Tini.
REMPAH ORI DARI KELANTAN
Menggunakan rempah-ratus dari Kelantan, Tini amat mementingkan cita rasa menu yang dihidang sama dengan rasa makanan Kelantan yang asli. Justeru rempah-ratus yang digunakan semua diambil dari Kelantan yang sememangnya memberikan aura makanan Kelantan sebenar.
Ads
“Saya merangkap ketua di bahagian dapur memang amat mementingkan cara masak dan rempah yang digunakan ketika memasak. Ini semua supaya rasa asli masakan Kelantan tetap sama sebagaimana yang dimasak oleh mak-mak kita dulu. Saya suka melihat hidangan makanan Kelantan dibuat dengan cara terbaik. Plating yang cantik dan penggunaan pinggan mangkuk berkualiti membuatkan saya puas hati. Saya suka tengok pelanggan makan dengan berselera,” katanya.
.
Ads
Ingin melihat makanan Kelantan berada pada kelas tersendiri, Tini ingin setiap individu yang makan di restoran berasa puas hati. Malah mereka semestinya akan datang lagi kerana ingin makan makanan Kelantan yang betul-betul sedap.
Nak datang ke Tempurung Kitchen? Restorannya di Ken Rimba, Shah Alam. Kalau nak senang, guna je google map atau waze. Search Tempurung Kitchen.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ramadan kian hampir apabila Kelab Darul Ehsan mendahului mengadakan Majlis Pra Rasa ‘Sajian Nostalgia di Restoran Duyung pada 5 Februari 2020 lepas. KDE menjanjikan lebih 100 jenis sajian bakal dihidangkan sepanjang bufet Ramadan tak lama lagi.
Antara sajian mesti cuba adalah Nasi Briani, dengan lauk-lauk seperti Tenggiri Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Kambing & Ayam Bakar, Udang Mentega, Ketam Masam Manis, Sup Campur dan banyak lagi. Antara menu pembuka selera yang menarik aneka kerabu dan salad boleh dinikmati sebelum memulakan lebih berat.
Penggemar dessert, pelbagai aneka manisan tempatan dan barat, bermacam jenis buah-buahan juga ada dihidangkan. Antara yang menarik perhatian adalah Bubur Pulut Hitam,Puding Sagu, Puding Roti dan banyak lagi sambil menikmati Teh Tarik dan menyaksikan persembahan Live Band dari kumpulan ‘Peace Lover Band’ yang menghiburkan anda bersama keluarga atau kawan-kawan sepanjang berbuka puasa.
Sempena dengan majlis pada hari Pra Rasa, KDE menawarkan baucer Buffet Ramadan dengan harga RM49 bersih. Namun pengunjung setia boleh membeli Early Bird Voucher dengan harga RM55.00 bersih seorang dari 15 Februari hingga 24 April. Harga asal buffet adalah RM68.00 bersih jika dibeli selepas 24 April hingga 18 Mei 2020. Pada tiga hari terakhir iaitu pada 19,20, 21 Mei harga kembali pada RM55.00 bersih.
Selepas 22 tahun beroperasi dengan jayanya, Utara Coffee House di restoran di Hotel Armada bertukar dekorasinya dengan stail moden dan dikenali dengan nama ‘UTARA’. Bagi mempekenalkan wajah baru bagi di restoran ini, jemputan antaranya media dipelawa datang bagi menyaksikan dan merasai pengalaman makan di sini baru-baru ini.
Utara Entrance
Utara Entrance
Melangkah masuk ke ruang restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya ini sungguh teruja dengan susun atur dan gaya hiasan moden yang ditampilkan. Ruang yang luas dapat memuatkan lebih kurang 200 orang tetamu untuk menikmati hidangan secara bufet. Bagi memenuhi kapasiti ruang bagi restoran , proses renovasi berjaya memberi ruang yang sempurna buat tetamu untuk menikmati hidangan. Kewujudan cermin yang luas memberi pandangan yang luas secara langsung dapat menikmati cahaya semualajadi dari luar.
Private Dining Room
Elemen konkrit dan kayu mendominasi ruang restoran. Bagi menyempurnakan gaya restoran, penggunaan Rose gold/brass dan kaunter marmar. Konsep terbuka di Utara memudahkan komunikasi antara staf dan tetamu.
Projek renovasi ini diketuai oleh Elizabeth Yap dari firma hiasan dalaman StudioN3m yang menampilkan dua bahagian baru pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran juga open café-bar di hadapan. Dengan konsep terbuka yang dicetuskan, tetamu berpeluang melihat bagaimana makanan disediakan.
Open Kitchen
Menurut Elizabeth apa yang diilhamkan di Utara bersifat timeless; di mana stail yang diterapkan elegan yang dapat disesuaikan untuk ruang dalaman hotel. Semestinya ia ringkas dan mudah diselenggara.
Walaupun Utara menerimakan pembaharuan rekaan dalaman, namun ia tidak menjejaskan rasa makanan yang dihidangkan. Menu signature tetap ada seperti biasa antaranya Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Assam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.
Bagi melengkapi menu sedia ada , Utara juga menambah menu baru iaitu Vegan. Set menu istimewa Vegan boleh ditempah tiga hari lebih awal. Bufet tengahari, High-Tea dan makan malam juga menampilkan sudut Vegan istimewa.
Restoran Utara dibuka dari 6.30am hingga 12am. Rasai pengalaman makan di sini dalam suasana serba moden.
Puasa bakal menjelang tiba, bagi tahun 2019, Palace of the Golden Horses telah melancarkan promosi bertema ‘Lambaian Desa’ yang mengembalikan nostalgia kampung. 15 chef telah berkongsi kemahiran untuk menampilkan seleksi hidangan buka puasa yang menyelerakan buat tetamu sepanjang Ramadan pada tahun ini.
‘Lambaian Desa’ menawarkan variasi menu tempatan dan antarabangsa yang membangkit selera. Tetamu sukar membuat pilihan bermula dari lauk pauk Melayu Tradisi seperti Gulai Kawah, Sup Gear Box,Makanan Laut Segar dan pelbagai jenis dan barbeku.
Salah satu menu utama Lambaian Desa ialah Kambing Bakar yang diperap dengan ramuan rempah ratus terpilih agar rasanya sedap dinikmati. Buat penggemar menu bakar boleh mendapatkannya di Stesen Ikan Bakar antaranya Tenggiri, Kembung, Cencaru, Udang, Sotong dan Otak-Otak. Makanan bakar tidak lengkap tanpa Air Asam, Kicap Cili, Budu dan Sambal Belacan yang sentiasa menjadi pilihan ramai.
Jangan lupa ke stesen Pantai Lido yang menghidangkan Roti Canai, Murtabak Ayam dan Roti John yang menjadi signature di mana bun dimasak segar oleh chef di sini. Begitu juga bubur lambuk dengan resipi warisan yang dihidang bersama bawang goreng dan telur masin serta serunding untuk melengkapkan rasa.
Bagi hidangan pencuci mulut dan kepuasan buat tetamu, nikmati pelbagai jenis ais krim dan cendol dari stesen Air Batu Sagat. Juga terdapat seleksi kuih muih tempatan dan antarabangsa, buah-buahan dan air kelapa segar. Pendek kata pilihan menu yang pelbagai lebih kurang 150 jenis dari 15 stesen yang ada.
Lambaian Desa buka puasa bermula dari 6.30pm hingga 10.30pm.Harga bufet Ramadan RM138nett untuk dewasa RM69nett untuk kanak-kanak. Harga promosi Early Bird hingga 30 April dengan harga RM110nett untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.
Kalau tak sempat nak buat tempahan, masa bulan Ramadan nanti ada promosi 9 + 1 Deal, di mana 1 tetamu akan makan secara percuma dengan pembelian baucer sebanyak 9 orang.
Tetamu juga dapat menikmati keselesaan di mana ruang solat disediakan. Tetamu juga boleh pilih untuk buka puasa dengan seleksi bilik private atau function room di Royal Ballroom yang boleh memuatkan hingga 800 pax.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.