
tempe goreng berempah
Tempe sememangnya makanan berkhasiat tinggi dan cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Ia menjadi sumber probiotik semula jadi selain kaya dengan kandungan kalsium dan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain dimasukkan dalam pelbagai jenis masakan, tempe juga sangat sedap apabila digoreng rangup bersama rempah ratus dan dimakan bersama sambal kicap.
Rupanya ada satu rahsia untuk menjadikan tempe goreng berempah lebih sedap dan beraroma, iaitu dengan mengisar sekali bawang putih bersama bahan rempah. Hasilnya memang lebih wangi, rasa rempah lebih sebati dan tempe jadi makin sedap dimakan panas-panas.
Saya nak share resepi tempe goreng berempah resepi daripada mak saya yang tercinta.
*Bahan-bahan ikut sukatan berapa banyak tempe yang digunakan.
3. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair supaya salutan melekat elok pada tempe.
4.Masukkan tempe yang telah dipotong nipis ke dalam bancuhan rempah. Perapkan seketika supaya semua rasa meresap sempurna.
5. Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana.
6. Apabila tempe goreng berempah sudah kekuningan dan garing, bolehlah diangkat serta ditoskan minyaknya.
7. Siap dihidangkan. Memang sedap dimakan bersama sambal kicap atau dijadikan lauk makan dengan nasi panas.
Ramai yang hanya menggunakan serbuk rempah biasa, tetapi bawang putih yang dikisar bersama ketumbar dan jintan manis sebenarnya menaikkan aroma masakan dengan lebih padu. Ia juga membuatkan rasa rempah lebih sebati pada setiap kepingan tempe.
Selain itu, penggunaan api sederhana ketika menggoreng sangat penting supaya bahagian luar garing sekata tanpa cepat hangus. Tempe juga disarankan dipotong nipis supaya hasil gorengan lebih rangup dan sedap dimakan.
Kalau suka rasa lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk cili ke dalam bancuhan tepung. Memang bertambah sedap terutama jika dicicah dengan sambal kicap pedas.
Rasa tempe goreng berempah yang panas-panas dan rangup memang cukup membuka selera. Tak hairanlah ramai yang suka menjadikannya kudapan petang atau lauk sampingan ketika makan tengah hari.
Rupanya nak buat tempe goreng berempah lebih sedap memang kena kisar sekali bawang putih bersama bahan rempah. Memang padu rasa dia dan wajib cuba di rumah.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: