Telur Kukus Yang Sangat Sedap Rasanya. Pilihan Selain Goreng Dan Rebus.

Share

Kalau masak telur tak sempesti asyik goreng, rebus dan buat sambal atau masak kari sahaja. Cuba sesekali kita kukus dan tambah sayur-sayuran. Pasti akan memberikan suasana makan yang berbeza. Kalau tak pedas cecah dengan sos cili.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 2 sudu makan susu cair
  • Sedikit daun ketumbar |racik
  • 3-5 ekor udang hidup | buang kulit dan potong kecil
  • Sedikit daging ayam | potong kecil
  • Sedikit cili benggala merah |potong dadu
  • Sedikit cili benggala hijau |potong dadu
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
  2. Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
  3. Kukus dalam 5 hingga 10 minit. Angkat dan keluarkan.
  4. Potong dan sedia dihidangkan.
IKLAN