Telur kukus Chinese style memang terkenal dengan teksturnya yang lembut, gebu dan penuh aroma.

Menu ini bukan saja sesuai dimakan dengan nasi panas, malah boleh dijadikan hidangan sihat untuk yang sedang berdiet atau mahu menurunkan berat badan.

Resipi telur kukus ini juga ringkas, cepat disediakan dan tak guna banyak bahan. Cukup dengan telur, sedikit perasa serta kuah kicap bawang putih, hasilnya memang menyelerakan.

Resipi Telur Kukus Chinese Style

Bahan-Bahan

3 biji telur
¾ cawan air
Sedikit serbuk lada sulah atau lada hitam
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 sudu kecil chili flakes (lebihkan jika suka pedas)
Kicap secukupnya
Daun bawang – dihiris
Sedikit minyak bijan

Telur Kukus Chinese Style Yang Sedap Lembut Dan Gebu, Sesuai Untuk Diet Juga

Ads

Cara Penyediaan Telur Kuku Chinese Style

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan air dan serbuk lada sulah.

2. Kacau sebati, kemudian tapis adunan untuk buang buih supaya permukaan telur licin bila dikukus.

3. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Angkat dan ketepikan.

Ads

4. Panaskan sedikit minyak bijan, tumis bawang putih hingga kekuningan.

5. Tuangkan minyak bawang putih di atas telur kukus tadi. Siram sedikit kicap dan taburkan daun bawang.

Siap untuk dihidangkan.

Ads

Tip RASA

  • Untuk dapatkan hasil telur kukus yang halus dan lembut, gunakan nisbah 1 biji telur = ½ cawan air.
  • Kalau mahu rasa lebih wangi, boleh juga tambah sedikit stok ayam ketika bancuh telur.

Kredit resipi & foto: Tuan Adriana Nisa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI