Selalu bila makan atau beli pisang goreng kita akan kutip sekali serdaknya untuk dinikmati sekali supaya terasa ranggupnya. Inilah yang menambah keenakan pisang goreng.
Cuma jika menggunakan teknik menggoreng pisang yang dikongsi kali ini, kita tak perlu lagi mengutip serdak kerana salutan tepung pisang goreng ini sedia rangup. Sambil makan memang krup-krap bunyinya.
Teknik bancuh tepung supaya pisang goreng rangup krup krap
Bahan-bahan
Pisang – dibuang kulit dan dibelah (jenis pisang ikut citarasa)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
Bes minuman jagung/Serbuk kunyit
Garam
1 biji telur
1/4 sudu kecil kapur makan
Air secukupnya
Cara membuat
1. Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul sebati.
Ads
2. Bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair biar sedang-sedang saja supaya tepung bersalut elok dengan pisang.
3. Langkah menggoreng pisang ini berbeza sedikit untuk menghasilkan serdak yang melekat pada goreng pisang. Caranya panaskan minyak, ambil sedikit bancuhan tepung dan masukkan dalam gelas kemudian tambah sedikit air supaya cair sikit. Kemudian curahkan dalam minyak panas tadi. Ia akan membentuk serdak rangup yang halus.
Ads
4. Kemudian ambil pisang yang dicelupkan tepung dan letak atas serdak yang terbentuk. Biarkan garing.
Tepung Bungkus adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang masih kekal digemari hingga ke hari ini. Sama ada dinikmati ketika minum petang, majlis kenduri, atau sebagai juadah nostalgia, Kuih Tepung Bungkus sentiasa mempunyai tempat di hati penggemarnya tanpa mengira usia. Teksturnya yang lembut, rasa lemak santan serta inti kelapa manis menjadikan kuih ini cukup istimewa.
Ramai yang beranggapan kuih ini sukar untuk disediakan kerana prosesnya yang kelihatan rumit. Hakikatnya, jika tahu langkah yang betul, cara membuatnya sangat mudah. Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ini membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh mencubanya di rumah.
Resipi ini menggunakan bahan asas yang mudah diperoleh dan sukatan yang tepat untuk memastikan hasil kuih lembut, tidak pecah serta inti yang cukup berlemak dan manis.
1 1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya – dilayur
1 1/2 cawan tepung pulut
Air secukupnya
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – disimpul
Untuk menghasilkan inti yang sedap, masak gula merah dan gula pasir bersama air sehingga larut sepenuhnya. Setelah itu, tapis larutan gula bagi membuang kotoran. Masukkan kelapa parut dan daun pandan, kemudian masak sehingga inti hampir kering.
Masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit untuk mendapatkan tekstur yang lembap dan tidak melekat. Kacau dengan api perlahan sehingga inti kelihatan berkilat dan sebati. Angkat dan biarkan sejuk sebelum digunakan.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk. Ambil sedikit doh, masukkan inti secukupnya dan bentukkan sama ada lonjong atau bulat mengikut citarasa. Lakukan sehingga semua inti habis dan ketepikan.
Dalam bekas berasingan, satukan tepung beras, santan dan garam. Kacau hingga sebati kemudian masak di atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat dan berwap. Tutup api dan biarkan suam sedikit.
Sediakan daun pisang yang telah dilayur. Ambil satu hingga dua sudu adunan tepung beras dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan doh berinti di tengah-tengah adunan, kemudian bungkus dengan kemas supaya inti tidak terkeluar semasa dikukus.
Ulang proses ini sehingga semua adunan habis. Susun kuih dalam pengukus dan kukus selama 15 hingga 20 minit sehingga masak sempurna.
Untuk mendapatkan Kuih Tepung Bungkus yang benar-benar lembut, pastikan santan yang digunakan segar dan tidak terlalu cair. Inti pula jangan terlalu kering supaya tidak menyerap kelembapan doh semasa dikukus.
Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dibuka bagi mengelakkan ia melekat pada daun pisang. Resipi ini menghasilkan kira-kira 30 biji kuih, sesuai untuk hidangan keluarga atau tetamu.
Jika anda mencari resipi Kuih Tepung Bungkus yang mudah, lembut dan menjadi, resipi ini memang wajar dicuba. Rasanya yang autentik pasti mengimbau kenangan lama dan membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta pada kuih tradisional warisan ini.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi apam solo ini sesuai dimakan pada bila-bila masa. Tak kira waktu pagi atau petang. Boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Ikut saja resipi yang diberikan oleh puan Haslindawati Omarini. Resipi ini menggunakan acuan lompang kecil lebih kurang 55 pcs/Cup kertas paling kecil)
Ada lebihan ubi kentang di dapur. Nak buat karipap kentang macam dah bosan. Jadi kita buat lah menu minum petang iaitu kentang berinti ni. Untuk menyediakan kentang berinti ni kita perlu sediakan doh kentang dan juga intinya. Inti lebih sedap menggunakan daging cincang.
Resipi doh kentang Bahan-bahan: 1/2 kg kentang 2 cawan tepung gandum 1 biji telur 1/2 sudu besar garam 2 sudu besar butter
Cara membuat: 1.Kentang dibuang kulit dan dibelah enam.Rebus kentang bersama garam.bila kentang dah lembut, angkat dan toskan. 2.Hancurkan kentang (macam nak buat mashed potato) dan uli bersama tepung gandum, butter dan telur.
3.Bila dah siap uli, bulatkan doh kecil-kecil.dohnya agak lembik.masa nak isikan inti golekkan doh pada sedikit tepung gandum supaya tak melekat sangat pada tangan.
4.Isikan inti ke dalam doh. Tekan doh supaya leper sedikit. goreng di atas kuali dan balik-balikkan sehingga agak garing.
Resipi Inti Bahan-bahan: 200g daging cincang 1 labu bawang besar 1 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar rempah kari ayam 1 mangkuk mixed vege serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI garam
Cara memasak: 1.Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak 2.Masukkan daging cincang.biarkan seketika. 3.Masukkan sos tiram, rempah kari dan mixed vege. 4.Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam. 5.Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan. (Nota:Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak.Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja)