Tauhu Goreng Crispy, Cicah Sambal Kicap Memang Mantap

Share

Kalau ada lebihan tauhu di rumah, cuba buat Tauhu Goreng Crispy ini. Goreng dengan bancuhan tepung rangup, makan panas-panas. Cicah pula dengan sambal cili kicap. Sedap tak terkata.

Resipi Tauhu Goreng Crispy ini mudah sahaja. Buat minum petang pun boleh, nak buat lauk tambahan semasa hidangan makan tengahari pun boleh. Rangup bancuhan tepung di luarnya tu memang buat makan berebut. Kalau buat ni, kena buat banyak juga. Kalau tidak, tak cukup nanti.

Jom ikuti perkongsian resipi mudah daripada Mastura Razali ini. Hasilnya memang kriuk kriuk garingnya.

TAUHU GORENG CRISPY

BAHAN-BAHAN:

4 ketul tauhu basah (potong 4)

5 sudu besar tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung beras – Boleh beli online di sini

Secubit garam

½ sudu kecil baking powder Boleh beli online di sini

1 cawan air

1 kiub pati ayam + 1/3 cawan air panas (air panas ini bertujuan untuk hancurkan kiub ayam)

CARA MEMASAK:

Bancuh semua bahan kecuali tauhu.

Agak-agak dah sebati, baru masukkan tauhu.

Gaul-gaulkan tauhu dalam bancuhan, kemudian tapis atau sejatkan tauhu lalu digoreng.

Air bancuhan tepung tadi jangan dibuang. Masih perlu digunakan lagi.

Goreng tauhu sehingga garing, kemudian tuangkan air tepung tadi ke dalam kuali sambil kacau-kacaukan tauhu untuk pastikan tepung melekat pada tauhu.

Kemudian, tuangkan lagi air tepung sambil kacaukan tauhu. (Saya tuang air tepung dalam kuali sebanyak dua kali.)

Biarkan tauhu garing dan bolehlah diangkat. Sejatkan minyak.

Sementara itu, bolehlah buat sambal kicap.

Dah siap, bolehlah makan tauhu kriuk kriuk rangup bersama sambal kicap tadi.

Kredit: Mastura Razali

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN