Tat Telur Portugis Ala Kings. Guna Puff Pastry Segera Pun Sedap

Share

Tat telur Portugis ala Kings. Guna puff pastry segera. Selain itu, lebih memudahkan dan menjimatkan masa.

Yang penting, ia sangat sedap, rasanya hampir sama dengan yang dijual di Kings. Boleh try buat sendiri nanti ye. Dapatlah makan sepuas hati. Kalau nak beli, harganya boleh tahan juga.

Ikuti perkongsian daripada puan Siti Suhaida Mohd Sani (Resipi asal Faridah Ainuddin). Untuk resipi ini, boleh dapat 20-24 biji tat saiz muffin tray.

Tat Telur Portugis

Bahan-bahan:

1 pek kecik puff pastry brand Kawan (yang saiz kecil)

500ml susu segar – boleh beli online di sini

8 biji telur

300ml air

240gm gula kastor – boleh beli online di sini

Esen Vanilla – boleh beli online di sini

2 sudu makan tepung jagung – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Gunakan puff pastry yang tersedia dijual. Jimat masa dan memudahkan.

Canai nipis puff pastry tapi jangan nipis sangat ye. Potong kepada dua bahagian. Jadi, sekeping puff akan dapat dua biji tat telur nanti. Buat sampai habis untuk setiap keping puff.

Kemudian ambil acuan muffin. Tekan-tekan puuff pastry ke dalam loyang itu. Refer gambar ye.

Untuk inti; Campur susu, air, telur, gula kastor, vanilla dan tepung jagung dalam satu mangkuk.

Pukul sebati dengan menggunakan whisk.

Tapis adunan dan tuang sampai penuh dalam puff pastry yang dah ditekan-tekan di dalam loyang muffin tadi.

Bakar suhu 200 darjah selama 40 minit atau sehingga ade kehitaman sikit atas permukaan tat.

Dah masak, keluarkan. Siap! Selamat Mencobaaa.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN