Kacang tanah banyak gunanya dalam masakan. Boleh dibuat kacang rebus, kacang goreng, kuah kacang, rempeyak, kuah pecal dan bermacam-macam lagi. Harganya memanglah tidak mahal tetapi seronok juga rasanya kalau cuba tanam malah membuahkan hasil. Nak tahu cara untuk tanam sendiri kacang tanah di rumah? Saudari Liyana Mohd Poad ada kongsikan caranya.
CARA TANAM KACANG TANAH
BAHAN-BAHAN: 1/4 paket kacang tanah Polibeg saiz 16 @ pasu Tanah organik @ tanah poros 4 genggam pasir halus
CARA MENANAM:
1.Beli kacang tanah dari kedai runcit berharga RM3. Ambil 1/4 sahaja dari paket kacang tadi.
2. Rendam kacang tanah menggunakan air paip selama 3 hari 3 mlm. Rendam paras kacang sahaja. Jangan terlalu banyak air. Tukar air selalu kerana air akan diserap.
3. Selepas 3 hari, kacang akan bercambah seperti dalam gmbar. Boleh terus ditanam dalam pasu atau polibeg.
4. Satu polibeg saiz 16 boleh tanam 3 biji kacang tanah. Guna tanah organik atau tanah poros dan tambahkan 4 genggam pasir halus. Tidak perlu guna cocopeat atau sekam padi.
Ads
5. Jagaan pokok kacang tanah paling mudah. Siram dua kali sehari dan bubuh baja organik seminggu sekali. Baja apa pun boleh asalkan namanya baja. Ini rupa pokok kacang yang berusia 1 1/2 bulan.
6. Selepas 2 1/2 ke 3 bulan, sudah boleh cabut pokok dan tuai hasilnya. Ini hasil pokok kacang yang berusia 3 bulan lebih.
7. Kalau nak dapatkan banyak isi, tunggu 4 bulan, baru tuai. Yang paling best, tanaman ini mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti penyakit macam pokok cili atau sayur berdaun yang lain.
Ads
8. Hanya tanam, siram dan tinggal sahaja. Kemudian boleh kutip hasilnya seperti dalam gambar di bawah ini. Selamat mencuba!
‘An apple a day keeps the doctor away’, ni ungkapan yang menggambarkan betapa pentingnya epal untuk kesihatan. Epal kaya dengan khasiat dan vitamin dan jika dimakan secara rutin harian dan teratur ia mampu menghindari pelbagai penyakit seperti serangan jantung, stroke dan kanser.
Pastikan epalnya rangup dan mengandungi banyak air.
1. Ketuk epal
Caranya ketuklah epal dengan jari jika berbunyi nyaring menandakan ia rangup dan mengandungi banyak air. Pilih epal yang keras dan kemudian tekan dengan lembut rasa. Jika epal tidak terasa keras maka epal itu tidak rangup.
2. Perhatikan kulit
Pilih epal yang mempunyai kulit bersih tanpa tompok hitam, berwarna cerah dan berteksur baik.
3. Perhatikan ukuran
Ukuran epal menentukan matang atau tidaknya epal. Semakin besar epal semakin matang isinya.
4. Hindarkan epal berbintik-bintik
Jika epal ada bitnik bitnik di bahagian kulitnya bererti epal tidak lagi rangup, Pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari
5. Hidu aroma dan baunya
Epal yang sudah matang akan mengeluarkan aroma khas yang harum.
6. Bersih betul-betul
Pastikan epal dibersih betul-betul, boleh juga menggunakan bahan pencuci buah. Tahukah anda epal yang belum dibersihkan masih terdapat sisi racun serangga dan bakteria
7. Lepas dihiris rendam dalam air garam
Untuk mengelakkan cepat lembam setelah dipotong, hirisan epal boleh direndam dalam air garam untuk mengelakkan cepat perang dan mengekalkan rasa rangupnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Manfaat madu untuk kesihatan memang diketahui ramai. Selain menguatkan sistem imun pengambilan madu juga elok untuk memberi tenaga. Di samping itu ia juga kaedah merawat batuk semula jadi yang berkesan.
Cuma untuk menikmati kelebihan ini, perlulah menggunakan madu asli. Namun jadi masalah ramai antara kita yang terbeli madu tiruan yang dicampur air dan gula. Bagi memastikan situasi ini tidak berlaku lagi elok jika kita tahu cara untuk membezakan madu asli dan tiruan.
Ketahui mitos telur yang selama ini mengelirukan ramai dan bongkar fakta sebenar tentang nutrisi, kolesterol dan khasiat telur. Panduan lengkap supaya anda boleh makan telur dengan lebih yakin.