Tanam sendiri pucuk manis, atau pokok cekur manis di rumah kalau suka makan sayur ini. Pucuk manis ini buat masak lemak putih memang sedap. Memang menambah nasi apa lagi kalau dihidang dengan ikan goreng dan sambal belacan.
Cara menanam pucuk manis ini juga mudah dan tak perlu laman luas, tanam dalam pasu pun boleh. Kalau ada dua tiga pokok memang dah cukup untuk makan sayur ini selalu.
Pokok sayur ini biasanya ditanam melalui biji benih dan keratan batang. Akan tetapi ia lebih mudah ditanam menggunakan keratan batang. Selain itu tanam pucuk manis dengan kaedah ini juga hasilnya lebih bermutu.
Cara tanam pokok sayur pucuk manis
-Kerat batang pucuk manis, pilih batang yang sihat.
-Buang daun-daun yang ada pada keratan dan rendam dalam air beberapa hari.
Ads
-Bila dah nampak sedikit akar bolehlah terus tanam dalam polibeg atau pasu.
-Dalam satu pasu, semai dalam 2-3 keratan batang. Jangan banyak kerana pucuk atau daun yang terhasil nanti kecil.
-Siram setiap hari, biar tanam lembap. Untuk pembajaan boleh guna tinja ayam. Lakukan pembajaan 2 minggu sekali jika tanam dalam pasu. Letak baja di hujung pasu, elak terkena pangkal kerana baja sifatnya panas. Jika tanam di atas batas lakukan pembajaan sebulan sekali.
-Pokok pucuk manis ini boleh tumbuh subur di kawasan bercahaya matahari penuh ataupun di kawasan naungan yang redup.
Ads
-Ia juga mampu bertahan terhadap tanah yang mempunyai kandungan asid yang tinggi (masam kelat), selain mampu dan boleh tumbuh di kawasan tanah liat.
-Selepas 40-60 hari, pokok cekur ini akan mula menampakkan pucuk. Paling sesuai untuk dituai selepas 3 bulan ditanam.
Ads
Tip agar pokok mengeluarkan pucuk baru, cantas setiap 6 bulan batang pokok sehingga 1 meter dari pangkal.
Setuju tak kalau dikatakan makanan sedap belum tentu baik untuk kesihatan. Contohnya makanan yang dimasak dengan cara goreng, ia memang sedap dan rangup tapi kandungan minyak yang terperangkap dalam makanan bergoreng itu yang tidak elok. Maknanya kenalah korang kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Berikut beberapa rahsia korang boleh cuba untuk kurangkan minyak dalam masakan.
Goreng Cara Tumis/Sautee:
Tumis atau sautee adalah satu teknik menggoreng menggunakan minyak sedikit yang mengabungkan banyak bahan dalam satu tumisan. Tetapi bahan-bahan mesti dipotong kecil dan dimasak sekejap. Contoh tumis sayur-sayuran.
Guna Kuali Non Stick:
Sekarang terdapat pelbagai jenis kuali jenis tidak melekat yang sangat praktik digunakan kerana anda tidak bimbang ikan yang digoreng lekat bila diterbalikkan dan membantu makanan yang digoreng masak sekata. Mudahkan?
Gunakan Oil Mister
Teragak-anak nak tuang minyak dalam kuali? Cara paling selamat adalah menggunakan oil mister atau menggunakan penyembur minyak. Ia seperti cooking spray. Di mana korang Cuma perlu semburkan minyak dalam kuali dan terus goreng atau tumis makanan. Lebih jimat dan sihatkan.
Gunakan Air Fryer
Air fryer adalah alat menggoreng yang menggunakan suhu udara panas untuk memasak bermacam bahan masakan tanpa menggunakan minyak langsung.. Apa yang perlu anda lakukan hanya setkan waktu memasak dan tekan butang. Paling mudah!.
Merealisasikan langkah untuk belajar berjimat, apa kata anda mulakan dahulu dengan komponen penjimatan dari ruang dapur. Ini lebih mudah untuk direalisasikan memandangkan anda hanya perlu sedikit perubahan cara penggunaan bahan api semasa memasak. Kebijaksanaan anda menggunakan sumber gas sewaktu penyediaan hidangan akan membantu kepada penjimatan kos perbelanjaan bahan api secara umumnya. Jom praktik langkah berikut,
Memasak dengan menggunakan periuk seramik atau periuk kaca lebih jimat jika dibandingkan dengan memasak menggunakan periuk keluli tahan karat. Ini kerana material seramik dan kaca tidak memerlukan suhu kepanasan yang tinggi berbanding keluli tahan karat. Jadi waktu memasak dapat dijimatkan dan sumber penggunaan bahan api dapat dijimatkan untuk penyediaan hidangan.
Pastikan sentiasa menutup tudung periuk semasa memasak untuk memastikan haba tidak dibebaskan begitu sahaja. Ini sekali gus dapat menjamin masa memasak lebih cepat dan pantas berbanding jika dibiarkan terbuka.
Buat pilihan terbaik jika ingin memanaskan semula hidangan. Pilihlah menggunakan dapur gas berbanding menggunakan oven. Ini kerana kos elektrik lebih tinggi berbanding gas dan ini dapat membantu anda berjimat di dalam penggunaan bahan api.
Padamkan dapur gas beberapa minit lebih awal daripada kebiasaan. Biarkan kepanasan yang sedia ada menyempurnakan masakan hidangan tersebut. Cara ini praktikal dan menjimatkan.
Memasak gunakalah kuali non stick. Ini kerana ia tidak memerlukan minyak semasa memasak. Jadi boleh gunakan api besar untuk memanaskan dan kemudian memasak menggunakan api sederhana. Ini akan menjimatkan masa ketika proses memanaskan periuk atau kuali dan tidak perlu tungu sehingga minyak benar-benar panas untuk memasak.
Menyediakan hidangan bubur memang memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Jadi untuk menjimatkan penggunaan gas, sebaiknya beras direndam 30 minit terlebih dahulu untuk mempercepatkan proses memasak.
Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak bagi menjimatkan tenaga.
Penggunaan periuk tekanan dan pengukus adalah lebih baik dan menjimatkan tenaga sehingga 70% serta makanan yang dimasak juga adalah sihat.
Hidupkan dapur gas hanya setelah anda menyediakan semua bahan memasak dan ditempatkan berdekatan. Ini menjadikan waktu memasak lebih pantas dan penjimatan gas dapat dilakukan.
Merendam bahan masakan seperti kekacang sebelum dimasak akan menjimatkan bahan api. Umpamanya 250gm kacang kuda apabila direndam sepanjang malam akan mengguna 22% kurang bahan api jika dibandingkan dengan bahan api yang diguna untuk kuantiti yang sama bagi kacang kuda yang tidak direndam.
Api yang menyentuh penjuru kuali merugikan bahan api kerana haba dilepaskan pada persekitaraan. Namun, jika anda menggunakan kuali yang lebar, anda dapat menjimatkan bahan api. Kajian menunjukkan untuk kebanyakkan dapur gas , diameter yang sesuai ialah 25cm. Jika anda menggunakan kuali yang sempit, kurangkan api.
Adalah penting untuk memastikan dapur dan pembakar anda sentiasa bersih. Pembakar gas yang tersumbat akan meningkatkan penggunakan tenaga.Api yang berwarna biru bermaksud pembakaran yang cekap. Warna api yang kuning atau jingga bermaksud pembersihan perlu dilakukan.
Sumber gambar: 123 royalty free
Nak beli PENGUKUS? Klik SINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…