Siapa yang suka sangat dengan takoyaki ni, daripada membeli jom kita buat sendiri. Puas makan dan boleh pelbagaikan inti yang anda suka. Adunan ini boleh dapat 26-30 biji. Jomlah buat.
TAKOYAKI (26 – 30 biji)
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 3/4 cawan air
1 sudu besar serbuk stok ayam
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder
Cara membuat:
Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk yang agak besar.
Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut.
Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
Sediakan bahan inti pula.
Bahan inti:
Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Daun bawang – hiris nipis
Ads
Kubis bulat dihiris halus
Lobak merah diparut halus
Cara membuat:
Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
Taburkan lobak merah, daun bawang dan kubis.
Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
Renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
Teruskan sampai nampak garing.
Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
Hiaskan dengan bahan hiasan atas
BAHAN HIASAN ATAS :
Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
Mayonis
Bonito flake – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun
Cara hias :
1.Drizzle sos takoyaki
Ads
2.Drizzle mayonis
3.Taburkan bonito flakes
RESIPI SOS TAKOYAKI
1 cawan sos cili
4 kuntum cendawan shitake kering
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan air
1/2 cawan kicap kipas udang
Ads
1/4 cawan air asam jawa
2 hiris halia
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
Cara membuat:
Campur semua bahan dalam periuk.
Masukkan tepung jagung dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan pekat.
Sejukkan sos.
Masukkan ke dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.
Ni dia resipi tauhu berlauk paling sedap tau. Dikukus dahulu baru dicelop telur dan digoreng. Memang padulah rasanya. Korang boleh frozenkan kalau tak nak goreng sekarang.
Boleh jadi bekal anak ke sekolah, kalau korang nak bawa bekal ke pejabat pun okay ni. Terima kasih Norishah Nordin atas perkongsian resipi ni.
TAUHU BERLAUK SEDAP
BAHAN-BAHAN :
Tauhu – 4 keping
Tauhu Telur – 2 keping
Daging Kisar – (goreng tanpa minyak. Tak goreng dulu pun takpe)
Telur – 2 biji
Carrot – hiris halus
Daun sup – hiris halus
Daun bawang – hiris halus
Cili merah – hiris halus
Serbuk Lada sulah
Serbuk Lada hitam
Garam
Serbuk perasa
Kisar semua bahan dibawah:
Tauhu
Tauhu Jepun
Telur
CARA MEMASAK :
Satukan kesemua bahan kisar dengan daun sup, daun bawang, carrot, cili merah yg telah dihiris halus, gaulkan kesemuanya.
Sayang kalau roti tu dibiarkan tamat tempoh. Selain dijadikan puding, anda juga boleh buat roti kering menggunakannya. Krup..krup rangup. Memang layan! Kena pula cicah dengan air kopi, perghhh..tak nampak dah orang kanan kiri. Jom lihat cara-cara membuat roti kering ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti
Mentega | boleh juga guna marjerin
Gula
Sudu/ pisau untuk sapuan mentega dan gunting untuk potong roti
CARA MEMBUAT:
1. Ambil roti dan sapukan marjerin di kedua-dua permukaan roti. Taburkan gula secukupnya.
2. Potong roti mengikut saiz yang anda gemari. Guna gunting untuk lebih mudah.
3. Susun kepingan roti di dalam dulang pembakar.
4. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit. Guna api atas bawah.
5. Keluarkan roti dan sejukkan.
6. Simpan di dalam balang kedap udara.
Nota: Waktu membakar berlainan bagi setiap ketuhar. Oleh itu kena selalu jengah roti anda bagi mengelakkan ia hangus.
Bila tiba musim perayaan, Kuih Siput ni memang laris. Dari dulu hinggalah sekarang, kudapan tradisional ni memang menjadi buruan ramai. Nak buat pun mudah je. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba.
KUIH SIPUT RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
1 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 paket serbuk kari kecil
1 sudu teh garam
1 kotak kecil santan
1 biji telur
Daun kari
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan uli hingga sebati.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan cubit doh kuih siput tadi.
Gelekkan doh pada acuan kuih siput, masukkan ke dalam minyak panas ebrsama daun kari dan goreng hingga garing.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.