Tak Tipu, Roti Basque Burnt Cheese Topping Ini Memang Sedap!

Share

Buat penggemar keju, ini ada satu lagi resipi yang boleh anda cuba. Nampak sedap dan menarik. Bukan hanya sedap untuk anda, malahan anak-anak pun mesti suka. Sesuai dijadikan hidangan minum petang. Jom kita cuba resipi Roti Basque Burnt Cheese Topping oleh Ida Osman ini.

ROTI BASQUE BURNT CHEESE TOPPING

 

BAHAN-BAHAN:

  • 100 gram cream cheese
  • 2 keping keju cheddar yang telah disiat-siat
  • 40 gram susu cair
  • 40 gram gula caster
  • 20 gram butter tawar
  • 2 biji kuning telur
  • 1/4 sudu teh esen vanilla

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan cream cheese, keju slice dan susu sehingga cair. Sentiasa kacau untuk mengelakkan keju hangus.

2. Kemudian, masukkan gula. Setelah gula larut, masukkan butter. Kacau sehingga butter sebati, barulah masukkan kuning telur.

3. Kacau tanpa henti sehingga adunan pekat seperti kastard. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

 

4. Sapu kastard ini di atas roti. Susun dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200, kira-kira 1o minit atau sehingga bahagian topping kelihatan hangus.

 

TIP:

– Jangan bakar terlalu lama. Kastard keju akan mengering.

– Cara menyapu kastard keju bergantung pada selera masing-masing. Lagi tebal kastard, lebih sedap rasanya.

 

Jika anda sedang mencari MICROWAVE yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO: IDA OSMAN

 

Artikel berkaitan yang boleh dibaca:

 

Resipi yang boleh anda cuba di rumah:

IKLAN