Tak Sangka Sedap Betul Terung Goreng Bertuna, Guna Bahan Sedia Ada

Share

Terung ungu ada pelbagai jenis dan saiz. Pelbagai menu boleh dihasilkan melalui terung. Tak sangka, sedap betul terung ungu kecil goreng bertuna ini.

Saiznya kecil sahaja, tapi sekali gigit pasti nak lagi. Dapat pula cicah dengan sos cili atau mayones, memang tak pandang kiri kanan lagi dah. Serasi pula terung dengan rasa tuna. Salutan tepung Bestari pedas tu lagi buatkannya bertambah sedap.

Ikuti resipi Terung Goreng Bertuna hasil perkongsian daripada Puan Sue Zakaria ini. Memang sedap! Jom kita buat.

BAHAN-BAHAN:

Terung ungu kecil 

1 tin tuna – Boleh beli online di sini

Tepung Bestari pedas – Boleh beli online di sini

Tepung gandum

Tepung jagung – Boleh beli online di sini

Lada sulah – Boleh beli online di sini

Air

CARA MEMASAK:

Satukan tepung Bestari, tepung gandum, tepung jagung dan lada sulah di dalam satu mangkuk. Sukatan agak-agak bergantung kepada kuantiti terung.

Campurkan sedikit air dan gaulkan sebati. Kacau tepung agak-agak pekat sahaja, jangan cair sangat.

Belah dua terung dan masukkan tuna. Boleh gunakan sebarang tuna yang diinginkan.

Setelah itu, celupkan terung mini atau ‘paha burung puyuh’ ini ke dalam bancuhan tepung tadi.

Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng terung yang telah dicelup tadi.

Bolehlah dicicah dengan sos dan mayones sekali. Selamat mencuba.

Kredit: Puan Sue Zakaria

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN