Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu

Share

Kuih Bakar Pandan memang sedap. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut, wangi bau daun pandan, memang puas hati. Namun bagi yanga mengalami alahan, agak susah nak jumpa Kuih Bakar Pandan yang dimasak tanpa menggunakan telur namun mempunyai tekstur yang sempurna serta menepati selera dan citarasa. Ada yang nak cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim

ni? Tak susah pun. Jom cuba!

 

RESIPI KUIH BAKAR PANDAN TANPA TELUR

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum beli online disini
1 1/4 cawan gula beli online disini
2 cawan santan beli online disini
3 1/2 cawan air daun pandan
Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati serta tidak berketul.
2. Tapis campuran tepung supaya adunan yang dihasilkan lebih mulus.
3. Ambil loyang yang bersesuaian. Sapukan marjerin dengan banyak di permukaannya.


4. Tuang adunan Kuih Bakar Pandan tadi.
5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau hingga kerak kuih menjadi garing.


6. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dipotong serta dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nuraishah Binti Ibrahim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN