Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!

Share

Masak memasak ini sebenarnya terpulang pada kita. Jika tak cukup bahan, boleh saja kita mengolahnya. Maka, terciptalah Nasi Wangi ini, sedap makan dengan kerutuk ayam pencen.

Beginilah yang terjadi pada Afy AL Habibi yang sudi berkongsi resipi inovasi daripada Nasi Beriani yang sepatutnya dibuat tapi tak cukup bahan. Ketika itu, minyak sapi dan rempah beriani tiada dalam stok simpanan bahan kering. Gunakan sahaja bahan yang ada di dapur.

Maka, terhasillah resipi Nasi Wangi menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Makan pula dengan kerutuk ayam pencen. Fuh, berpeluh sedapnya! Jom kita buat. 

NASI WANGI

BAHAN-BAHAN:

2 pot beras basmathi (ekstra panjang) – Boleh beli online di sini

1 senduk kecil marjerin Pelangi* – Boleh beli online di sini

½ sudu besar rempah kari* – Boleh beli online di sini

1 batang kulit kayu manis*

2 bunga lawang*

3 biji buah pelaga*

1 batang serai*

2 helai daun pandan (disimpul)*

Kismis – Boleh beli online di sini

Pewarna kuning telur 

CARA MEMASAK:

Tumiskan bahan bertanda (*) di dalam kuali.

Basuh beras basmathi ekstra panjang.

Tuangkan bahan tumisan tadi dan masak nasi seperti biasa.

Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna kuning telur di atas bahagian nasi di beberapa tempat.

Taburkan setengah genggam kismis di atasnya.

Gaulkan nasi perlahan-lahan untuk mengelakkan butir nasi patah.

Memang wangi bau nasi ini. 

Sedap dimakan bersama dengan kuah kerutuk ayam pekat.

Tak perlu ada acar atau jelatah pun dah ‘meletup’ rasanya.

Kredit: Afy AL Habibi

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN