Memang boleh dianggap sebagai syurga makanan laut! Manakan tidak, semua makanan laut di sini saiznya besar-besar. Memang teruja.
Inilah dia destinasi yang patut dikunjungi jika anda bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Nak tahu lokasi sebenar? Lihat saja tugu yang ada replika ikan todak. Sebab itulah namanya Medan Selera Todak atau juga dikenai sebagai Todak Waterfront Hawker Centre.
Kalau nak tahu, destinasi ini bukan saja jadi tumpuan orang dari Semenanjung tanah air, tapi orang Sabah sendiri pun suka datang sini. Pelancong dari luar negara pun bertumpu di sini juga untuk menikmati hidangan makanan laut yang segar dan murah.
Ads
Emy (kiri) dan Siti Hajar di depan replika ikan todak yang menjadi mercu tanda Todak Waterfront.
Pengguna media sosial Emy Othman berkongsi keseronokannya berada di lokasi tersebut bersama sahabatnya, Siti Hajar Ab Rahman.
“Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pengunjung jadi bertambah ramai. Bukan sebab makanan laut di sini segar dan murah saja, tapi peniaga di sini pun ramah-ramah belaka. Kalau kita lalu, mereka akan sapa dan jemput kita makan di kedai mereka,” cerita Emy.
Ads
Ayuh kita lihat betapa mewahnya makanan laut di sana.
Besar, segar!Pelbagai kerang dan siput.Besar, kan?Besarnya ketam ni.Wow!Unik nampaknya.Ada peminat makanan ni?Peminat ketam mesti teruja.Kerang saiz XXXL.Ikan apa ni? Siapa tahu?Pekerja di sini peramah!Makan seekor dah puas.Pilih, timbang dan nikmati makanan laut anda di Todak Waterfront.Betapa besarnya makanan laut di sini.Satu lagi ikan saiz besar yang memikat pandangan.
SEDAP DAN MURAH! RUGI TAK MAKAN DI SINI
Puas hati.Sotong goreng tepung.Yummy!Masak stim.Macam-macam jenis masakan boleh kita pilih.Puas makan!
Jadi, kepada anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah, jangan lupa ya pergi ke Todak Waterfront dan pilihlah makanan laut kegemaran anda.
Esok, semua rakyat Malaysia bakal keluar mengundi demi menunaikan tanggungjawab masing-masing terhadap negara. Memang panas dan agak meletihkan tetapi tak mengapa kerana setelah selesai mengundi, anda boleh menuju ke tempat-tempat makan ni dan nikmati makanan percuma serta diskaun! Wah…memang untung! Jom lihat port makan yang boleh anda terjah esok.
1. Hedley Books & Cafe
Bagi yang pulang ke Kelantan, selepas siap buang undi, bolehlah ke Hedley Books & Cafe dan dapatkan 10% diskaun untuk semua jenis minuman. Wow! Bestnya!
Bagi yang mengundi di kawasan Kuala Lumpur pula, Drop By Cafe menawarkan diskaun 10% untuk hidangan di kafe mereka. Hanya untuk esok sahaja tau! Lepas mengundi, boleh singgah makan. Bagi anda yang tapau bawak balik pun dapat diskaun juga.
Sempena hari mengundi esok, semua cawangan Plan B, ben’s dan BGFS menawarkan nasi lemak & teh tarik secara percuma. Hanya tunjuk jari berdakwat anda. Bestnya! Tapi kena cepat. Sementara stok masih ada sahaja!
Tebus ‘Chummy’ burger di Epic Fit Meals Co. di cawangan Damansara Perdana, Bandar Sunway dan Mont Kiara selepas pulang dari mengundi! Hanya tunjuk jari yang bertanda dan nikmati burger percuma anda!
Dapatkan Ice Lemon Tea percuma di Tedboy Bakery di cawangan Telawi 4 ( Bangsar Baru), The School Jaya One ( petaling Jaya), dan Wisma Averis ( Bangsar South). Terhad kepada 100 pelanggan pertama untuk setiap cawangan. Minuman boleh ditebus bermula jam 12 tengahari.
Bagi yang suka makan banyak dan tercari-cari kedai yang menjual nasi murah tapi dalam kuantiti yang besar, lokasi yang RASA kongsikan kali ini memang wajib anda terjah.
Kedai Nasi Bukit Padang Jawa; nama yang tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk sekitar Shah Alam dan Klang. Ini kerana kedai ini sememangnya terkenal dengan menunya yang luar biasa. Jika anda menikmati hidangan disini, portion yang dihidangkan memang sangat besar. Mana tidaknya, sepinggan nasi goreng boleh dikongsi hingga 2-3 orang. Memang menimbun!
Malah kedai ini juga menjadi pilihan pelajar-pelajar universiti untuk datang makan bersama kawan-kawan. Selain hidangan yang besar, harganya juga amat berpatutan. Untuk sepinggan nasi goreng yang menimbun tu, harganya dalam anggaran RM5-RM10 sahaja bergantung kepada jenis-jenisnya. Pendek kata, kalau sekali makan tu, memang tersangat kenyang dan duit pun tak habis banyak.
Selain aneka nasi goreng, kedai Nasi Bukit Pada Jawa juga ada menawarkan pelbagai menu lain. Antara sajian yang menjadi kegemaran dan mendapat permintaan ramai adalah Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Nasi Ayam, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam. Air Kelapa dan aneka air gelas besar. Memang top sale!
Bagi penggemar Kambing Bakar, kedai ini juga ada menjual menu ni. Dengar kata, antara yang tersedap di Padang Jawa. Ha…Andai ke sini, anda bolehlah cuba nanti.
Kedai Nasi Bukit Pada Jawa dibuka setiap hari kecuali Jumaat ( tutup setiap 2 minggu sekali) bermula jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam.
INFO KEDAI: NASI BUKIT PADANG JAWA
ALAMAT: Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.
WAKTU OPERASI: Isnin-Ahad :12.30 tengahari -11.00 malam
WAJIB CUBA: Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Kambing Bakar, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam, Nasi Ayam, Air Kelapa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang masih belum sempat balik ke kampung di pantai timur, usah risau jom rasa menu Pantai Timur sedap belaka, setiap suapan menggamit memori. Terubat rindu nak makan kat Kelantan.
Nasi kerabu tradisi dengan kuah tumis pekat dan daging bahagian tenderlion di grill atas arang sebenar. Semuanya di Jeligho Molek. Takut nak dine-in, boleh saja tapau makan dengan yang tersayang.
Restoran ini diusahakan oleh pasangan suami isteri, Nurhasliza Mohammad Razani dan Mezee secara sepenuh masa. Kedua-dua tekad meletak jawatan di usia 33 tahun.
Jeligho Molek bermula pada 1 April 2019, kami nekad letak jawatan (isteri guru, suami jurutera) dan bina impian buka restoran masakan Kelantan dari resepi keluarga.
Semua menu adalah masakan terkenal di negeri Kelantan seperti nasi kerabu tumis, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi jeligho yang didatangkan dengan gulai ayam atau gulai udang diraja.
Aneka sarapan juga ada seperti roti canai, nasi lemak dan kuih-muih melayu. Seawal 5.30 pagi kami memasak, jam 8 pagi semua sarapan telah tersedia.
Nasi kerabu daging grill harimau menangis dan nasi jeligho daging grill dengan gulai udang diraja antara best seller di sini. Pada hujung minggu, nasi dagang ikan ayo menjadi rebutan pelanggan.
Nasi kerabu original Kelantan dihidang dengan kuah tumis pekat sambal kelapa ni paling digemari penduduk setia alam sebab rasanya yang lain dari yang lain. Semua bahan dibuat sendiri secara in-house tanpa campuran bahan segera
Ayam percik dibakar atas arang dan dicelup kuah putih yang lemak dan pekat.Rasa asli seperti yang dijual di Kelantan terutamanya di Bazar Ramadan di sana.
Harga RM13.90
Nasi Jeligho Daging Grill Gulai Udang Diraja
Nama nasi sempena nama kedai.Jeligho bermaksud sangat menyelerakan dalam dialek Kelantan. Nasi Jeligho adalah semua menu nasi putih dengan padanan pelbagai lauk dan gulai.
Paling laris, nasi jeligho lauk daging grill dan gulai udang diraja.Daging grill bahagian harimau menangis (tenderlion) diperap lebih 12 jam dan dibakar atas arang. Asam danok special resipi dari Danok, Thailand Dicicah dengan daging.Gulai udang diraja dari resipi kampung, memang tak ada dijual di mana-mana kedai Kelantan. lain..Udang yang digunakan adalah udang galah
Harga RM13.90
Set Ngeteh
Set keropok lekor berbentuk popcorn, padat ikan dan sangat rangup.Dicicah dengan sos pencicah, direct dari Terengganu.Datang bersama tea beng latte, teh ais premium yang menjadi best seller juga di Jeligho Molek.
Harga set RM15
Kami menyediakan perkhidmatan takeaways secara walk-in atau boleh ke 3 platform delivery kami di Food Panda, Grab Food dan Website www.jelighomolek.com.my. Kami juga telah buka untuk dine-in dengan sop yang telah ditetapkan
Lokasi perniagaan
31-GF, Jalan Setia Perdana BE U13/BE, Seria 88 Business Centre, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor. (5 minit dari Setia City Mall)
Waze: Jeligho Molek
Jenis Makanan
Makanan Pantai Timur dengan signature nasi kerabu tumis dan nasi jeligho yang dihidang dengan gulai udang diraja.
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.