Dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih lagi berleluasa di Malaysia dan serata dunia, semakin ramai rakyat yang terkesan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada yang kehilangan sumber pendapatan dan mata pencarian.
Dengan niat untuk membantu secara berpanjangan, initiatif #KitaBersamahari ini dilancarkan sebagai pemangkin untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna bekerjasama dalam membuat kebajikan.
Initiatif ini merupakan gabungan antara syarikat Baba Products (M) Sdn. Bhd, Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd, Sime Darby Oilsdan Kumpulan Syarikat Etikabersama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebagai permulaan, syarikat-syarikat tersebut telah pun berjaya membuat penghantaran pertama produk-produk BABA’S, MAMEE, ALIF dan SUSU GOODDAY berjumlah melebihi RM90,000, pagi ini. FAF akan segera mengedarkan makanan dan minuman yang diterima kepada mereka yang memerlukan, terutamanya penduduk di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Lembah Klang.
Ads
Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Pengguna Baba Products (M) Sdn. Bhd, Farhan Hafetz berkata bahawa initiatif #KitaBersama dimulakan dengan niat untuk menggalakkan syarikat-syarikat barangan pengguna untuk menghulurkan bantuan.
“Kebanyakan syarikat sudahpun membuat aktiviti amal secara bersendirian, tetapi lebih baik jika dibuat bersama-sama. Apabila kita semua bekerjasama, lebih ramai yang dapat dibantu secara berterusan”
Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Kerajaan Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd., Ahmad Syukry Ibrahimmengalu-alukan inisiatif sebegini dan menyatakan bahawa gabungan bersama ini merupakan susulan dari program Mamee Prihatin yang ditubuhkan sejak tahun 2011.
Ads
Manakala Pengurus Kanan Bahagian Jualan Pengguna Sime Darby Oils, Mohamad Rahimi Abdullah pula berkata,
“Sime Darby Oils berbesar hati untuk menyertai initiatif ini yang menggalakkan kerjasama ke arah kebaikan. Kami berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat lain untuk turut serta menghulurkan bantuan terutamanya dalam keadaan sekarang”
Kumpulan Syarikat Etika Malaysia, Singapura, dan Brunei yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif; Khalid Alvi berkata inisiatif ini meluaskan lagi peluang kepada syarikat untuk membantu lebih ramai rakyat yang terjejas.
Ads
“Sejak bermulanya pandemik, Etika Cares, sebuah program bantuan jangka panjang oleh Etika telahpun melancarkan beberapa kempen untuk membantu komuniti yang terkesan. Menyertai initiatif berkumpulan sebegini adalah salah satu cara untuk kami meluaskan lagi peluang membuat kebajikan”.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diperkenalkan pada bulan Mac 2020, FAF telah mengedarkan lebih daripada 2 juta kg makanan kepada yang memerlukan. Walau bagaimanapun, sejak PKP 3.0, peningkatan permintaan naik secara mendadak, khususnya dari komuniti B40.
“Kami tidak mampu untuk memenuhi keperluan masyarakat sepenuhnya. Oleh itu kami mengalukan-alukan sumbangan terutama daripada syarikat pengeluar makanan agar kami dapat meningkatkan jumlah bantuan”, kata Rick Chee, pengasas FoodAidFoundation.org.
Situasi pandemik yang berpanjangan ini tentu sekali membuatkan rakyat berada dalam keadaan yang sangat sukar. Oleh itu menerusi inisiatif #Kitabersama, sumbangan yang diterima tentunya sedikit sebanyak membantu melegakan beban rakyat.
Hulurkan tangan, bantulah insan-insan yang memerlukan. Bagi meluaskan lagi bantuan, gabungan ini juga menjemput serta membuka peluang kepada semua syarikat pengeluar makanan dan minuman di Malaysia untuk bersama-sama menjayakan initiatif #KitaBersama. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi farhan@babas.com.my.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pemenang “The Great British Bake Off” telah dinobatkan sebagai model peranan Islam semalam selepas memenangi pertandingan program realiti masakan popular, The Great British Bake Off. Nadiya Jamir Hussain, seorang ibu beranak tiga berusia 30 tahun tiga dari utara Leeds, terselamat selama 11 minggu dari penyingkiran. Nadiya mengagumkan para juri dengan pelbagai ciptaan seni masakannya.
Dalam pusingan akhir, Nadiya telah membuat sebuah kek dengan perincian sari berwarna biru, merah, dan putih mewakili warna bendera Britain.
Nadiya memikat para penonton dengan pelbagai ekpresi wajahnya dan menjadi pilihan mereka untuk menjuarai pertandingan itu. Dianggarkan sebayak 14 juta penonton menyaksikan pertarungan akhir “The Great British Bake Off”.
Persatuan Islam Britain melihat Nadiya sebagai inspirasi kepada komuniti Islam di negara itu terutamanya kaum wanita. Nadiya mengaku yang dia juga berasa sangsi akan kebolehannya serta penerimaan orang kerana imejnya yang berhijab. Ketika dinobatkan sebagai pemenang, dia berkata yang tidak akan sesekali meragui dirinya lagi. Sebelum menyertai pertandingan ini, Nadiya hanyalah seorang suri rumah dan sekarang suah bersedia untuk merebut lebih banyak peluang dam bidang masakan. Pemenang-pemenang musim lepas sudah membina kerjaya serta menulis buku masakan dan terlibat dalam penulisan ruangan akhbar. Kepada Nadiya Jamir Hussain, tahniah RASA ucapkan!
Rakyat Malaysia berpeluang menikmati minggu citarasa Itali asli yang luar biasa dari 5 -11 Disember dengan pelancaran ‘Week of the Italian Cuisine in the World’ (Minggu Sajian Itali di Dunia).
Kempen “Week of the Italian Cuisine in the World” yang diadakan buat kali ke-7 ini, memaparkan tema “Conviviality, Sustainability and Innovation: The Ingredients of Italian Cuisine for People’s Health and the Protection of the Planet” (Kemesraan, Kelestarian dan Inovasi: Ramuan Sajian Itali Demi Kesihatan Insan dan Perlindungan Bumi).
Acara ini, yang diadakan di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia dianjurkan Kementerian Luar Negara Itali.
Duta Itali ke Malaysia, Massimo Rustico, sebanyak 20 restoran Itali yang turut serta dalam kempen yang diadakan selama seminggu ini.
Antaranya Fellini Ristorante & Café, Marini’s on 57, Osteria Gamberoni, Portofino Italian Restaurant, Roberto’s 1020 Osteria dan banyak lagi.
”Selain itu, sepanjang minggu, para penggemar dan peminat budaya Itali boleh menyertai kelas pakar (masterclasses) yang mengetengahkan tradisi asli, produk berkualiti tinggi dan hidangan serantau Itali, sambil menjamu selera di beberapa restoran Itali yang terbaik,” katanya.
Duta Itali Ke Malaysia, Massimo Rustico bersama Italian Trade Commissioner Dr Filippo Fusaro (kanan sekali) dan team chef dari Itali yang diketuai Chef Simone Guglielmo (tiga dari kanan).
Dalam pelancaran kempen ini juga, sepasukan empat chef diterbangkan khas dari Itali, untuk menyediakan beberapa sajian asli Itali.
Diketuai oleh Chef Simone Guglielmo dari Restoran Itali “I Rocci di Casciano Barbara” dari kawasan Apulia, mereka menghidangkan sotong bakar dengan paprika manis, puri tomato, kentang confit, bawang panggang, dan serbuk zaitun hitam, Squid Ink Gnocchi dan filet Tuna Trufel yang dimasak dengan dua cara.
Untuk senarai penuh restoran Itali yang turut serta dalam kempen ‘Week of the Italian Cuisine in the World’ ini, boleh layari https://www.italianfestival.info/
Untuk menjamu selera di restoran Itali yang asli, anda boleh cari logo pelekat “Settimana della cucina Italiana nel Mondo 2022” yang diluluskan oleh Kedutaan Itali dan Agensi Perdagangan Itali di Kuala Lumpur.
Ayam Brand memperkenalkan produk terbaru yang lebih sihat dengan produk Santan Super Light baharu dengan 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi tetap mengekalkan rasa dan aroma kelazatan santan. Malah ia juga padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli.
Santan Super Light dari Ayam Brand ini juga bebas kolestrol berbanding yogurt dan susu biasa. Produk ini juga menjadi penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi iaitu 47.7 peratus daripada populasi golongan dewasa.
“Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand Santan Super Light yang mengandungi 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama tanpa kolestrol,”kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nathan Deverre.
Menurutnya lagi ia juga tidak mengandungi bahan pengawet dan MSG dan dapat membantu menjadikan resipi tradisional lebih sihat selain menambah citarasa tempatan.
Dalam pada itu, pakar nutrisi, Shermin Low berkata kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa lemak kelapa mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs) yang digunakan secara langsung dalam tubuh manusia untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan tenaga dan menambahbaik imunisasi.
Tambahnya, pengambilan dan pemilihan ramuan makanan yang betul secara sederhana merupakan kunci utama dalam memastikan tahap kolesterol setiap orang berada pada tahap yang sebaiknya.
“Produk seperti Ayam Brand Santan Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat,”katanya.
Chef Syafiq Othman turut menunjukkan demonstrasi masakan menggunakan Santan Super Light dengan menu Gulai Mackerel dan minuman Matchs Santan Boba Tea di majlis pelancaran yang berlangsung di Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Ayam Brand Santan Super Light didatangkan dengan kotak tetra pek 330ml dengan harga RM3.10 sepeket namun pengguna boleh mendapatkan harga promosi RM2.95 di mana-mana rangkaian Pasaraya Giant sehinga 31 Oktober.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!