Nak dapur cantik, susun atur barang-barang di ruang ini memang main peranan. Tapi jangan pula kerana mahu cantik kita abaikan aspek kesesuaian kedudukan alat elektrik.
Perlu diketahui ada alat elektrik yang tidak sesuai diletakkan berdekatan kerana faktor pengudaraan dan penghasilan tenaga panas. Sebagai contoh, microwave, ketuhar, dryer dan peti sejuk. Perkara ini dijelaskan oleh Azizul Azli Ahmad.
KEDUDUKAN PERALATAN DAPUR KURANG TEPAT?
Dapur ini kelihatan kemas dan cantik, tetapi dapur bukan perlu cantik tetapi berfungsi dengan baik dan selamat buat penghuninya.
Dapur yang baik akan buat penghuninya selesa bekerja, jimat tenaga, selamat dan berada pada tahap kebersihan yang tinggi.
Saya jumpa foto di bawah tentang kedudukan peralatan dapur. Terdapat beberapa perkara yang dianggap ‘kurang baik’ dilakukan oleh jurureka dalaman atau tukang dapur ini.
Boleh jadi juga, ini kehendak tuan rumah.
Kedudukan dryer, peti sejuk dan mikrowave tidak boleh selari begini.
Dua peralatan yang menghasilkan haba panas (Mikrowave dan dryer), mengapit peralatan yang menghasilkan haba sejuk (Peti sejuk).
Peti sejuk juga sebaiknya memiliki pengudaraan (ventilation) bagi setiap sisi agar udara kipas dari peti sejuk tidak terperangkap dan memerlukan banyak tenaga.
Ads
Bila semua ini berlaku, peti sejuk akan menekan banyak tenaga sebab ‘jirannya menghasilkan haba panas’. Ia akan menjadi tidak jimat tenaga dan akan cepat rosak.
Tip reka bentuk dapur yang baik
1. Dapur yang baik jadikan isteri kita selesa dan masak dengan penuh kasih sayang. Resepi walau ‘campak campak’ boleh jadi sedap bukan kepalang.
2. Mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk kedapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
Ads
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
Ads
7. Pilihlah skima warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle didapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan. Peruntukan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita
Ikan bilis yang rangup untuk dimakan bersama nasi lemak memang wajib ada. Tapi biasanya ikan bilis ini hanya rangup seketika saja selepas digoreng, selepas sejuk ia jadi liat.
Tapi bagi memastikan ikan bilis ini kekal rangup walaupun sudah sejuk boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Mis Bie. Caranya adalah dengan menggunakan cuka ataupun tepung.
Ikan bilis rangup krup krap hasil guna cuka
Caranya memang senang;
1. Cuci bilis bersih dan toskan
2. Goreng dengan api sederhana
3. Masukkan setengah sudu cuka ke dalam kuali tadi dan goreng ikan bilis hingga masak.
4. Hasilnya ikan bilis memang rangup krup krap.
Boleh juga guna tepung gandum
Caranya;
1.Cuci ikan bilis bersih.
2. Tos hingga kering, kalau tak nanti ikan bilis bergumpal denga tepung.
3. Tabur tepung dalam pinggan kemudian gaul ikan bilis dengan tepung tadi. Pastikan tak bergumpal sebab itu ikan bilis kena betul betul kering.
4. Masukkan ikan bilis yang dah digaul teping ini dalam minyak panas, goreng macam biasa. Ikan bilis akan masuk elok dan rangup.
Ikan kering atau ikan masin dihasilkan dengan menggunakan garam yang banyak bagi tujuan pengawetan. Makanan yang mempunyai rasa masin terlampau memang mengundang bahaya kepada tubuh jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Oleh itu adalah lebih baik jika mengurangkan pengambilan makanan tinggi garam jika anda berisiko menghidap penyakit darah tinggi.
Namun jika sesekali terasa nak makan lauk ikan masin, ada petua yang anda boleh cuba untuk mengurangkan rasa garamnya. Cara yang anda boleh lakukan ialah sebelum memasak, rendam ikan masin dalam air kelapa terlebih dahulu. Biarkan selama 30 minit. Kaedah ini nyata mampu mengurangkan sedikit rasa masin yang melampau. Bahkan ia juga mampu menyingkirkan bau hapak ikan masin tadi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kegunaan blender sangatlah penting di ruang dapur. Manakan tidak segala macam masakan banyak menggunakan alat ini untuk memudahkan kerja mengisar dan sebagainya. Jadi perlu sayang dengannya sebab ia bantu jimatkan masa anda di dapur. Jaganya dengan baik maka hayat penggunaannya pun lama. Boleh praktik cara ini untuk manfaat bersama.
Cara pasang semua bahagian blender pastikan betul
Setiap kali mahu menggunakan alat ini, pastikan pasang semua bahagian dengan betul. Dalam kebanyakan kes, jika blender dipasang tidak betul, maka cara bekerjanya juga terganggu. Malah kadang kala,beberapa bahagian yang longgar akan terlempar keluar sehingga boleh merosakkan blender.
Kerja menghaluskan hanya untuk bahan yang tepat
Walaupun anda memiliki blender yang dikatakan “boleh menghaluskan semua”, yang sebaiknya adalah menggunakan blender sesuai dengan tujuan. Jika anda menggunakan blender untuk membuat bubur kertas atau benda lain bukan makanan, maka gunakan jenis blender berbeza. Jadi bila blender rosak, kerja memasak jadi lambat.
Makanan bersaiz besar dipotong dahulu Ada baiknya tidak terus memasukkan makanan bersaiz terlalu besar ke blender. Pastikan ukurannya lebih kecil apabila akan dikisarkan dengan blender sehingga boleh terjangkau pisau blender. Potongan yang lebih kecil akan mudah halus.
Buat sedikit demi sedikit
Jika hasil blender anda tidak baik, bagi makanan menjadi beberapa bahagian dan blender sedikit demi sedikit. Jika anda terus menghaluskan terlalu banyak makanan, ibarat anda memaksa diri mengunyah makanan dalam jumlah banyak di mulut.
Pilih tombol kisaran yang sesuai
Pilih tahap kisaran yang sesuai untuk menghaluskan atau mencampurkan beberapa bahan makanan di dalam blender. Jangan memaksa blender bekerja laju tanpa henti. Kelak hayatnya tidak lama.
Selalu bersihkan setelah digunakan Keluarkan sisa makanan dari dalam blender, tuangkan air dan sabun atau cuka, kemudian hidupkan blender beberapa saat. Dasar blender adalah bahagian yang bersambung dengan elektrik, jadi tidak boleh terendam air.
Longgarkan pisau blender sekali sekala untuk membersihkannya lebih dalam. Sebenarnya, ini tidak perlu dilakukan setiap kali dibersihkan, cukup sesekali. Setelah dibersihkan, lap dengan kain lembut.
Berhati-hatilah jangan sampai pisau blender melukai tangan anda. Pastikan blender betul-betul kering, dan sambung kembali bahagian-bahagiannya, Pastikan pisaunya juga dipasang dengan betul.
INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Kek Coklat Kukus Layer Mousse adalah kek homemade yang lembut, moist dan berkrim. Ikuti resipi lengkap cara membuat Kek Coklat Kukus Layer Mousse dari lapisan kek, mousse hingga ganache. Mudah dan sangat sedap!