Sup Urat Keting, Kentang Penyek Rahsia Kuah Pekat

Share

Sup urat keting ini pekat kuahnya, Nak tahu apa rahsianya? Kentang penyek adalah rahsia untuk memekatkan kuah sup ini.

Ha..pernah cuba tak? Terlebih dahulu, rebus kentang itu dan lenyekkan sebelum dimasukkan ke dalam sup. Mudah je rupanya. Ikuti perkongsian resipi oleh puan Jue Jariah ini

SUP URAT KETING

Bahan-bahan:

1kg urat keting

#2 labu bawang besar – hiris

#10 ulas bawang putih – hiris

#3 inci halia – hiris

1 pek serbuk sup – boleh beli online di sini

Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang

1 pek serbuk kurma

Bawang goreng

1 sudu besar serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Garam dan serbuk perasa

2 biji tomato  – belah 4

2 biji kentang direbus

Sedikit daun sup – hiris

Air

Sedikit minyak masak – boleh beli online di sini

**Bahan (#) yang dihiris dibahagi dua. Sebahagian goreng dengan 3 sudu besar minyak hingga garing. Ketepikan.

Cara memasak:

Masukkan urat keting dalam periuk, bubuh air secukupnya. Rebus urat keting hingga empuk. Masukkan tiga keping hirisan halia (untuk hilangkan baru hanyir) dan lembutkan urat keting).

Bila urat keting dah empuk, masukkan bahan-bahan yang dihiris. Masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam rebusan urat keting tadi.

Masukkan kentang rebus yang telah dilenyek dulu. Ini adalah rahsia nak bagi pekat kuahnya. Masukkan pula separuh daripada daun sup sekali dengan batang serta akarnya.

Biarkan mendidih. Masukkan rempah sup dan rempah kurma. Biar dalam 15 minit. Tambah serbuk lada hitam. Biarkan mendidih kira-kira 1/2 jam.

Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk sup. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Tutup api. Taburkan daun sup yang dicincang dan bawang goreng masa menghidang nanti.

 

 

IKLAN